Rabu, September 24, 2008

bila tak bersemangat, sentiasa INGAT !!!


salam....
ari ni ana teman room8 berbuka diluar...syukran room8 blanja ana..smoga murah rezekinya....

semalam semasa YM dgn adik ana, ana teringat surah yang diberi oleh sahabat ana di UKM...dan ana berikan kembali kepada adik ana....

surah Al Fath..ayat 1 hingga 4 yang bermaksud..

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata" Ayat 1
"supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus" Ayat 2
"dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). " Ayat 3
"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, " Ayat 4

[1394]. Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,



InsyaALLAH...smoga apabila kita hilang semangat, ana dan semua sahabat akan sentiasa mengingati ayat tersebut.....

semoga hati ini terus di didik meletakkan ALLAH sebagai pergantungan di dalam segala hal untuk membawa dakwah dan tarbiyyah...insyaALLAH..

p/s : buat adik2 setiausaha yg dikasihi..terima kasih....bersemngat dlm membuat kerja sekretariat ya...akakmu ini akan membantu sedaya upaya.....buat sahabat2 setiausaha..teruskan perjuangan kita sehingga ketitisan laporan fail yang terakhir..iaitu post mortem....

p/s : utk semua yang join projek kolej tahun ini, semoga ukhwah di dalam projek itu berterusan sehingga lepas rojek kerna ukhwah kita kerna ALLAH Taala...

wassalam...

Ahad, September 21, 2008

Wanita itu hiasan duniawi


Aisyah sentiasa membela hak-hak wanita. Beliau membantah sekiranya sesiapa berusaha untuk merendahkan martabat wanita.

Semasa beliau mendengar hadis yang menceritakan berkenaan anjing, keldai dan wanita boleh membatalkan wudhu’, dengan segera beliau bertanya, “Jadi, wanita itu sama statusnya dengan haiwan yang hina? Betapa buruknya saudara membandingkan kami dengan keldai dan anjing. Padahal, saya pernah berbaring seperti jenazah di hadapan Nabi Muhammad yang sedang bersembahyang.” Hadis riwayat Thayalisi.

Aisyah pernah berkata, “Semasa Nabi Muhammad sujud, beliau menyentuh kaki saya. Saya pun mengalihkan kaki saya, lalu beliau pun sujud.” Riwayat Abu Dawud.

Hadis ini adalah bantahan kepada ahli fikah yang menyatakan bersentuhan kulit isteri membatalkan wudhu’.

Aisyah juga berasa marah apabila mendengar hadis yang dikisahkan oleh Abu Hurairah yang Nabi Muhammad pernah berkata, “Petanda buruk (thiyarah) itu terletak pada 3 perkara iaitu wanita, haiwan dan tempat tinggal.”

Aisyah berkata, “Demi Tuhan yang menurunkan Quran kepada Muhammad, bukan seperti itu yang diucapkan oleh Nabi. Beliau hanya mengatakan orang Arab Jahiliah dahulu yakin petanda buruk itu ada pada 3 perkara.” Riwayat Ahmad.

Aisyah bukan hanya medium penyampai hadis Nabi SAW, tetapi beliau mendidik sahabat agar betul dalam memahami hadis-hadis Baginda SAW.

Sungguh, itulah watak seorang isteri dan ibu. Isteri Nabi dan Ibu sekalian mukminin…. Radhiyallahu ‘anha.

emuliaan dan keindahan wanita bukan saja diukur dari
rupa paras dan imej penampilannya tetapi kepintaran dan iman yang mendalam tersemat di lubuk kalbu itulah yang menjadi ukuran. Seperti Aisyah r.a bukan saja cantik ( Humaira) tetapi ketajaman pemikiranya memahami setiap ajaran Rasul Muhammad s.a.w iaitu suaminya menjadikan beliau sebagai ibu yang mendidik umat dan sumber rujukan.
Wanita Islam yang sholehah mempunyai amanah dan tanggungjawab yang sama banyak dengan kaum lelaki cumanya medan mereka berbeza sesuai dengan fitrahnya.
Namun apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, fitrah wanita tidak duduk pada tempat yang sepatutnya. Wanita
telah hilang malunya, wanita telah merobek-robek maruah dirinya sendiri…wanita tidak dapat lagi digelar sebagai ” tangan yang menggoncang dunia” lantaran sejuk tangannya
mendodoi anak dengan kalimah suci Allah.

Mari kita fikirkan bersama di manakah wanita kini???

Adakah masih boleh dipakai di setiap kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita di belakangnya?? ataupun di sebaliknya yang telah berlaku di zaman abad moden kini??