Khamis, Januari 29, 2009

Kesepian yang akhirnya terjawab juga..

Alhamdulillah tempat ketiga di dalam pertandingan forum

~Kempen di 4th~

~ Belon yg mmg x nak naik sbb karbon dioksida kn~


Assalammualaikum.......alhamdulillah akhirnya ana diberi kesempatan dan kelapangan minda untuk meneruskan blog yang tak seberapa ini....

Hidup di Uni perdana ini mengajar ana untuk lebih menghargai setiap perkara dan setiap hari rasa syukur terhadap ALLAH itu semakin bertambah....

Semakin banyak derai air mata ini mengalir......semakin banyak kemudahan, ketenangan, nikmat, kasih sayang dan lain-lain yang ALLAH berikan pada ana. Seperti yang ana pernah ceritakan, ana memang seorang yang kuat menangis sehingga sepanjang tempoh Pilihanraya Kampus ana menangis setiap hari mengalahkan calon mahupun wakil calon yang bertanding mengharungi cabaran dan mehnah semasa berkempen....

Awal-awal tahun, ana merasakan ini adalah ujian yang paling berat ana terima dalam menguji kasih dan sayangnya ana pada ALLAH serta kasih dan sayangnya ana pada ukhwah yang terjalin kerana ALLAH...

Ana sendiri akui, ana tak sehebat diva serikandi Shah Rizul Ayuni yang menerima ujian lagi hebat dan ana kagumi ketabahan yang ada pada serikandi ini. Benarlah "ALLAH akan menguji hambaNYA dengan tahap kemampuan hambaNYA"

Dalam tempoh PRK juga, barulah ana benar-benar faham method "play safe" yang cuba ana kaji dan study selama menjadi s/u JTK.....ALLAH Maha Mengetahui, kenapa setiap hambaNYA bertindak play safe tetapi sedarlah wahai rakan-rakan yang masih di bawah kepompong play safe ini, jika kita masih bersikap play safe, mampukah kita mendaftar sebagai mujahid ataupun mujahidah ke Palestin?? ....ALLAHUAKBAR.....

Benar juga, orang yang membawa agama ALLAH ini tak akan di sambut dengan kalungan dan taburan bunga mawar berhampar karpet merah tetapi sekatan, kejian dan pelbagai cara untuk sabotaj dilakukan.....

Dalam tempoh PRK juga ana dapat lihat situasi orang yang meletakkan dunia di hatinya...Orang yang terlalu cintakan dunia...Ana menitiskan air mata di saat hari penamaan calon kerana mendengar kata-kata ini
"Jika dalam tempoh PRK ini, akak mati, akak mohon agar mati ini adalah mati syahid"
Lagi satu kata-kata nya juga " Jika perjuangan akak ini berakhir di penjara, akak rela"

YA ALLAH......jika di saat-saat itu, pemuda dan pemudi di Palestin berjuang sehingga ke titisan darah pertarungkan nyawa, redhakanlah perjuangan pemuda dan pemudi di Uni Perdana ini yang diuji hatinya.....

Pelbagai perkara yang terjadi sehingga ana sendiri tak mampu untuk meluahkan...Di dalam situasi PRK, ana juga dapat melihat, siapakah sahabat seperjuangan dan siapakah yang terlalu cintakan dunia, harta dan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja....

Ana seorang insan yang kerdil...Selagi ana diberi kekuatan dan insyaALLAH akan terus diberi kekuatan untuk bersabar dengan keadaan yang ana alami ini...

~YA ALLAH, aku bersyukur di atas kurniaan yang paling berharga untuk diriku iaitu KAU kurniakan sahabat-sahabat seperjuangan dalam menempuhi ujian MU ini~

# Buat sahabat-sahabat, senior dan junior, akan ana jadikan ujian dan pengalaman yang telah kita lalui ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang kerana ALLAH......Akan ana pastikan jua, air mata yang mengalir ini bukanlah sia-sia dalam berjuang kerana ALLAH.....

Alhamdulillah bulan Januari semakin melabuhkan tirai dan syukur alhamdulillah kerana Januari ana tidak sia-sia begitu sahaja di atas sebab :

1.) Alhamdulillah dapat harungi cabaran berurusan dengan manusia untuk selesaikan tentang projek.

2.) Alhamdulillah makin banyak ujian dari ALLAH dan itu menunjukkan ALLAH sayang pada ana dan doa ana untuk ana kuatkan dan tabahkan hati ini makin termakbul

3.) Alahamdulillah Pro Mahasiswa menang di UM..moga salam perubahan akan dapat dilaksanakan...insyaALLAH..

4.) Ana bersama kawan-kawan yang lain berjaya memenangi tempat ke-3 di dalam forum Arena Diskusi Bestari....Alhamdulillah kerana ana berjaya improve soft skills ana..

Sekian sahaja untuk menutup tirai bulan Januari 2009...kita tutup jugak cerita PRK, biarlah ianya menjadi pengalaman bermakna dalam hidup kerana masih banyak lagi percaturan dan tanggungjawab sebagai JTK yang masih belum ana laksanakan...Semoga berjumpa lagi dalam entry Februari dengan izin ALLAH...wassalam...


*maaf jika entry ini agak emosional kerana masih lagi dlm mood PRK dan satu lagi berita sedih...ana akan khabarkan nanti

Selasa, Januari 27, 2009

akan dtg

assalammualaikum....insyaALLAH ana akan update lepas ana balik umah nti sbb ana nk upload gambar ttg election di UM dan nak citakan pengalaman ana sendiri bersama sahabat2 dlm merasakan dekatnya ALLAH dan sayangnya ALLAH pada ana dan sahabat2 semua..insyaALLAH

Jumaat, Januari 09, 2009

bersemangatkah kita??

assalammualaikum....baru minggu kedua tapi ramai yg ana tengok dah tak bersemangat nak meneruskan perjuangan di semester 2 sesi 08/09....

Kadang-kadang kita memamng tak bersemangat tapi ana nak bagi tips kat sini, bila kita tak bersemangat, ingatlah bahawa ada orang yang perlukan kita untuk dia terus bertahan dan memberikan semangat....

Semakin hari yang dilalui penuh dengan ujian dari ALLAH tapi kita kena berusaha senyum dan simpan semuanya di dalam hati tanpa susahkan dan risaukan orang lain sebab kita adalah sumber semangat orang lain....

Percayalah kata-kata ana, kita akan jadi bersemangat bila kita tahu rupa-rupanya di luar sana, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan adik-beradik kita selama ini menjadikan kita sebagai pembakar semangatnya...

Dari situlah ana sendiri belajar meguatkan langkah hari demi hari mengharungi ujian ALLAH...

"Setiap hambaNYA diuji dengan ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan keupayaan hambaNYA. Apabila kita diuji, senyumlah kerana itu bermaksud ALLAH masih sayang dan mengingati kita"

" Letakkanlah pergantungan itu kepada ALLAH"


" YA ALLAH, andainya apa yang dilakukan oleh hambaMU itu adalah untuk menegakkan agamaMU, bantulah diriku memahami hambaMU TETAPI jika apa yang dilakukan oleh hambaMU itu telah jauh dari redhaMU, berilah aku kekuatan untuk menentangnya....kerana diri ini hanya kuserahkan ke jalan perjuangan menegakkan agamaMU"

Rabu, Januari 07, 2009

pengajian haid

assalammualaikum...pengajian tentang haid telah bermula di surau KK4, UM....sama-samalah kita doakan agar pengajian ini dapat disampaikan dgn sempurna..insyaALLAH...

InsyaALLAH, ana akan cuba update setiap kali dah habis 2 hari pengajian.......ana akan cuba sampaikan setakat yg mampu

"rasa sedih sgt minggu nie sbb difitnah, tapi tak mengapa...hanya ALLAH sahaja tahu hikmahnya...insyaALLAH ana akan dapat tahu juga kenapa semua nie berlaku"
# sesiapa yang nak order coklat di bawah nie boleh dtg jumpa ana yer..

harga RM 2.30 hingga Rm 6.00


harga dlm lingkungan RM 5.50 hingga RM 16.50

Ahad, Januari 04, 2009

terharu sungguh

assalammualaikum.......

tadi ana tgk cerita isteri untuk suamiku.......terharu sungguh melihat pengorbanan seorang hamba ALLAH untuk membahagiakan orang2 di sekelililngnya........

Semoga kita semua berusaha untuk membahagiakan orang lain juga.........Apabila kita berada di dalam situasi semua orang bahagia, barulah kita bahagia.....kalau kita berada dalam situasi orang-orang yang sedih, kita pun akan turut sedih bersama.........

terbaru.....pendek ja kali nie

this two cute girl nie mmg tak dapat dipisahkan

orang panggil nie sirih pa yer??

tangan cik Umaira setelah disarungkan cincin


kek tunang Cik Umaira...nyum2...sedap nie

yang bertunang tu adalah yang pakai baju warna merah, yang lelaki tu bukan tunangnyer ya, tu adik ana


Cik Harmiza senang menuggu untuk disarungkan cincin...tak sabar yer...

kek wajib jer ada untuk isi perut la katakan

sesi runding-merunding ka?? sesi balas-balas pantun ni...tapi time ni ana kat dapur la pulak..

assalammualaikum.....ini adalah post yg pertama setelah hijrah dan tahun baru....sedih ditinggalkan masa atau meninggalkan masa?? ana letak picture dulu yer baru la nak membebel sikit....

1st sekali, marilah kita sama-sama berdoa untuk saudara-saudara Islam kita di Palestin.

2nd nak ucapkan selamat kembali ke sekolah untuk 2 org adik lelaki kesayangan....seorang masuk tingkatan tiga dan seorang lagi masuk tingkatan satu.....and congratulation untuk adik kerana dapat score dlm UPSR...

3rd rasanya masih belum terlambat nak wish happy birthday pada adik lelaki yang telah meningkat remaja 15tahun....This year abang kena hadapi PMR...I know you can do better than me n your sis....

4th selamat bertunang untuk dua orang cousin iaitu Cik Umaira pada bulan Disember lalu dan Cik Harmiza pada 1 Jan lalu.....dah besar-besar rupanya my cousins nie.....Ana mendoakan kebahagian kalian berdua...

5th Selamat kembali ke universiti masing-masing untuk semua kawan-kawan yer

6th Sudah semestinya mengenai azam untuk berhijrah.....Planner pun dah siap untuk tahun nie, insyaALLAH akan berjalan. Perancangan untuk adik-adik mentee pun dah siap. Sudah semestinya ana nak jadi lebih baik dari tahun lalu....lebih dekat dengan ALLAH.....

7th Tak semestinya kita kena tunggu tahun baru untuk kita berubah kan, tapi itulah lumrah manusia, perlukan masa.....ana sendiri akui, ana perlukan masa untuk cool down diri sendiri.....tapi sekurang-kurangnya ana belajar yang kita perlu lakukan muhasabah diri dengan kerap......mengadu pada ALLAH tu lebih tenang...

Lagi kata-kata semangat yang ana dapat adalah :-

" Kebahagian bermaksud tiada kesedihan dan air mata. Oleh itu, jika inginkan kebahagian, berusaha untuk mengelak dan hapuskan kesedihan dan air mata"

# nangis depan ALLAH tak mengapa...........