Selasa, Mac 17, 2009

the wedding ceremony

kenapa ana tak ada di kolej hujung minggu lalu...sbb picture di atas la...sbb kawin


Assalammualaikum.....I'm not feeling well....tak nak coleteh panjang..tgk jer gambar2 sepanjang kenduri kawin hari Ahad lalu......balik ke SP hari Sabtu pagi dan balik semula ke KL hari ahad malam...kalau nak tgk lagi banyak picture, sila ke link Pu3 balqis.....



the ring and flower


ini pula gambar "flower girl"....flower la sgt pu3 tasha ni

pelamin dalam mimpi

bunga rampai yang dibuat sehingga terluka tangan

kek kawin 2 tingkat

ni pula gambar orang yang bersilat semasa kenduri kawin???silat ka??ka dia ni yang kawin??

tgk bawah lagi..............







dan lagi...................







dan lagi..............











inilah gambar pengantin yang sebenarnya........my beloved Maksu.....



ini pula pic malamnya utk potong kek

Khamis, Mac 12, 2009

Mungkin kita telah lupa atau lalai....mungkin...mungkin....

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita. Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita.

- Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

- Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

- Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

- Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

- Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?


Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.


Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.


Daei, jalan dakwah perlukan fokus. Perlukan kejelasan kepada apa yang ingin dicapai. Kerana foKus itu akan membuat kita tidak nampak halangan di sekeliling. Andai ia dirasai, ianya hanya sekadar satu permainan yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat. Halangan itu macam hiasan. Tak cantik kalau jalan dakwah ini lurus sahaja. Perlu ada bumpernya. Perlu ada selekohnya. Kadang-kadang kita terjumpa jalan mati. Tetapi kerana fokus itu mahu sampai ke destinasi tujuan, ah, pedulikanlah apa yang merintang

abah n mama time melawat adik kat Perlis

Adakah bakal ditinggalkan???

Assalammualaikum....................gembira dan terselit juga sedih...

Pertama-tama sekali nak ucapkan tahniah pada saudari Nur Shidatul Isma Rosedi...hehhe..merangkap adik ana...tahniah mendapat Mumtaz dalam STAM......

Lepas ni kemanakah hala tuju pembelajaran...pastinya ana akan ditinggalkan.....
Mesti 'budak kechik' ni nak belajar kat Egpyt.....habislah banjir KLIA nanti.....

All the best in your life...

"Dik, Segala kesabaranmu berbaloi juga.....setiap yang berlaku dulu pasti ada hikmahnya...Begitu banyak ujian dan mehnah dilalui, akhirnya ada pembalasannya......Janji ALLAH,jika berjuang di jalanNYA, pasti tidak akan rugi"


(wargh....tgn siapa di belakang itu..hehheh)
kat gua kelam= adik shida bersama adik yg bongsu yg skrg study kat MRSM Berseri
(rindu kedua-duanya)
(abg ja x dak dlm gambar ni...rindu abg juga)