Jumaat, Oktober 31, 2008

Menjana Penampilan & Akhlak Terpuji

Assalammualaikum..tgh ana2 selak buku koleksi tazkirah..teringin tazkirah zaman matrik dulu...tajukny menjana penempilan &akhlak terpuji disisi ALLAH SWT disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Adi bin Ismail....

Dimulakan dengan teka-teki :

Apakah yg paling besar?? Apakah yg paling berat?? Apakah yg paling ringan?? Apakah yg paling tajam?? Apakah yg paling jauh?? Apakah yg paling dekat??

Mari difikrikan bersama ya.......
Suran An-Najm Ayat 31 :

"Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga). "

Da beberapa prinsip yang elok utk kita pegang dlm hidup ini iaitu:
1. berfikiran positif

2. lakukan segera apa yg difikirkan(benda yg baik)
3. ubah pandangan kehidupan ke arah kejayaan

4. target yg realistik

5. beri perhatian pd org lain(alert ttg hidup)

6. jalin persahabatan

7 . pilih teman

8. mulakan aktiviti denganmenjanjikan kejayaan

9. war2 kn target hidup
10. belajar cara komunikasi yg berkesan
1
1. beri penghormatan

Mungkin da byk lg...ttp ini adlh beberapa yg disarankan....


Dinyatakan, sbg seorang muslim, sblum matahari terbit kita perlu lakukan :
1. berdoa

2. berzikir

3. baca al-Quran

4. berfikir(muhasabah)


Manakala selepas keluar(terbit) matahari pulak:
1.cari ilmu

2. beribadah

3. beramal/buat kerja

4. berkerjaya


Setiap masalah yg kita hadapi, kita perlu selesaikannya, bukan melarikan diri....selesaikan masalah dpt mematangkan diri kita.....

Jawapan utk teka teki tersebut
Besar = Nafsu
Berat = Amanah

Ringan = Tinggal Solat

Tajam = Lidah

Jauh = Masa yg Ditinggalkan

Dekat = Mati

KLIA Airport

Assalammualaikum......

berkongsi ttg menghantar sahabat ana sambung belajar ke Madinah.....


Sedih kehilangan seorang sahabat seperjuangan dlm kepimpinan.....
smoga dirimu pulang sbg seorang Mujahid Islam dlm menegakkan Daulah Islamiyyah...InsyaALLAH
Doakan kami disini ya....

Dari Surah At-Taubah Ayat 122 :

"Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."

Surah At-Taubah menyatakan mengenai tuntutan dalam menuntut ilmu

Rabu, Oktober 29, 2008

bila hati ini perlu di ajar agar kuat.......

salam...x sabar menunggu exam...especially paper legal aspects of banking n commercial law...insyaALLAH doakan ana yer...

selepas buka blog kak yuni...ni kira membalas blik la yer..hehheeh...

cameron....nti nk bt umah cam ni la

~buku ni mmg sgt mendidik ati bahawa cinta ALLAH adlh segalanya~


~insyaALLAH bila smpai masanya~

~ukhwah itu milik kita selamanya~

Selasa, Oktober 28, 2008

Pagi yang mengejutkan!!!

Assalammualaikum...maaf la klau ana x dpt nk kongsi bahan...bt masa ni da bahan tp masa utk merumuskan dan taip blum diberi kesempatan.... Pagi ni tetiba ja terasa nk jogging...mungkin benar teori dlm filem Sepi katakan, jog bagus utk org tekanan n sedih supaya belajar bernafas dgn betul smula....teori nafas jer la...ketenangan tu tetap dr ALLAH....mcm artikel ana taip yg lepas2 tu ttg apabila kita bersedih atau x bersemangat.... ana kongsi lirik lagu yg skrg ni kerap berkumandang kat dlm bilik ni bersama gambar pagi td p jogging...

~gambar bunga buah yg cantik depan library~

Sama2 hayati nasyid ni....Saujana-Nur Malam

Renungi alam ini
Rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yg sunyi
Hanya bertemankan bintang & bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu
Pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yg membelengguku
Moga semalam
Jd pedoman & pengajaran

Langkah kaki kanan ku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati
Mengadap Tuhan
Baru kusedar
Ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yg ESA
terharu terfikir betapa agungnya TUHAN

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMU
Namun tak berupaya menghadapi api nerakaMU
terimalah taubatku
dan ampunkan dosa2 ku

Inginku ubah cara hidupku yg lalu
Menjadi hamba yg diredhai selalu
Tiada palsu wahai Tuhanku
ALLAH yg SATU

Ku akhiri sujud dgn doa
Smoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat...

~Ikan kat depan DTC yg lapar sgt~


Sabtu, Oktober 25, 2008

Bila EXAM menjelang...

Assalammualaikum.....bila exam nk menjelang ni, mula la yg nk stress la...ckp pn x betul la..nmpk yg bukan2 la...dan mcm2 lg... I would like to share some tips to handle stress when u face it...Kira cam rawat stress dr menjadi lebih truk...

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
(quran yg disayangi)

3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa Kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik Dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis Dengan Sepuas Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai Diri Sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

utk itu, for next morning, saiedah dh ajak p jogging keliling tasik..hehheh..insyaALLAH nk join...
pastu adik2 Balai Islam plak ajak p Mid Valley utk sedi muhasabah...yg ini nk jugak p coz nk tgk adik2 handle muhasabah ni...plus program rehlahjugak with adik2...

tips nombor 8 tu cam sesuui ja utk diri ana...hehhehe.....betul x sahabat2??ana suka nangis ka??hehheeh...sgt2 suka agakny..tp dh jarang nangis dh skrg...lebih suka diam n senyum ja....

pa2 pn...smoga tips ini dpt menenangkn ati mujahid n mujahidah yg sentiasa berperang di jalan ALLAH..insyaALLAH.....

~ALL THE BEST FOR YOUR EXAM~

p/s:lepas exam ni bt rehlah nk x??p sungai congkak ka??kat tasik ka??

Sahabat itu cermin utk sahabatnya...

assalammualaikum...dekat2 nk exam ni, ana mula teringat zaman sekolah smpai zaman matrik...kwn2 di sisi yg sama2 struggle utk exam...tetiba ja teringat kisah ni...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
P
ada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dansentiasa membuka hatinya kepada kita."

Ana rindu semua kawan2 ana......Smoga ukhwah kita berkekalan...
Ana nk minta maaf klau da salah dan silap yg mengguris ati...

Khamis, Oktober 23, 2008

Antara 2 Cinta? Manakah pilihan kita?

Assalammualaikum..ana pun dh lama x post...
Dh lama jugak ana attend kuliah Ilmu PMIUM bertajuk Antara 2 Cinta disampaikan oleh Ustaz Hasrizal@pemilik blogger Saifulislam.com

Byk input yg ana dpt n insyaALLAH sama2 kita hayati n cuba amalkan....

Bukti cinta kepada Allah s.w.t.
Maksudnya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Cinta pada ILLAHI bukanlah satu lakaran puisi indah ataupun ALLAH hanya dicari di saat utk melepaskan kesedihan setelah kecewa dgn cinta pada hambaNYA. Dikatakan bahawa cinta mempunyai kuasanya tersendiri. Manusia mampu lakukan sesuatu dgn kuasa cinta. Oleh itu, hati2 lah memberi dan menerima cinta. Dakwah juga perlu dibawa bersama dgn cinta dan kasih pada semua.

Perasaan cinta perlu dtg bersama dgn harapan, masa depan dan cita2. Perasaan cinta utk seronok2 tu adlah utk dapat perhatian semata-mata.



Setelah hampir 30 minit, masuklah bab perkahwinan....satu kata2 yg ana pegang dan fahamkan diri sendiri dr Ustaz Hasrizal :

"Sibukkan diri dengan kerja dakwah dan kerja2 sbg pelajar sehingga sampai masa untuk mengubah dan melangkah ke episod perkahwinan"

Disampaikan bahawa perkahwinan melengkapkan separuh dari iman. Perkahwinan adlh menerima dan memberi antara 2 manusia. diingatkan juga, medan pertama sebelum medan utama adalah KELUARGA. Perkahwinan itu mengajar proses pembentukkan manusia (tarbiyyah=seni membentuk manusia).

Bila dikatakan Cinta vs Nafsu. ramai jugak mahasiswi kini yg menjadikan alasan utk elak zina, jln penyelesaiannya adlh kahwin. Perkahwinan ni adlh pakej cinta bersama tanggungjawab. Kalau hidup terumbang-ambing, jgn mimpi di siang hari. Tanggungjawab selepas berkahwin itu lebih berat dari perjuangan untuk mencegah diri dari ZINA.

Dalam institusi kekeluargaan, ibubapa adalah cinta pertama dan guru pertama dlm hidup kita. Kasih sayang pada anak2 adlh disamakan dgn memberi perhatian. Kanak2 suka lakukan apa sahaja utk mendapat perhatian. Kisah menarik dr Ustaz Hasrizal mengenai anak beliau. Kata Ustaz,bila anak2 buat bising(dlm keadaan terkawal) jgn ditegur atau hiraukan...bak kata org kedah, bt 'derk' ja. Tapi bila anak2 bersikap baik dan sopan, puji dan beri perhatian. Ianya satu psikologi perhatian kasih syg yg menarik utk diketahui.

Diselitkan juga ttg perbezaan antara kaum Adam dan kaum Hawa ni. Dikatakan pengaduan masalah dari seorang wanita itu lebih kepada untuk meraih perhatian,bukanlah utk menyelesaikan masalah. Manakala pengaduan masalah dari seorang lelaki itu lebih kepada untuk cadangan menyelesaikan masalah. Dicadangkan oleh Ustaz hasrizal pada mana2 lelaki yg susah nak memahami kaum Hawa ini, bacalah buku Mens From Mars, Womes from Venus.

Berhatilah-hatilah apabila sesebuah perkahwinan itu berlaku di atas sebab cinta tanpa tanggungjwab dan tanggungjwab tanpa cinta. Dikhuatiri akan berlaku kepincangan dan salah faham di dalam rumahtangga tersebut.

Percaya pada ALLAH, peduli pada ALLAH, maka kita akan percaya membina kepercayaan dlm perkahwinan.

Inilah jawapan kepada persoalan tajuk ana diatas : "Tidak ada pertembungan cinta ILLAHI dan cinta manusia"

~bt tatapan yg tidak dpt hadir kuliah Ilmu PMIUM tersebut~

Isnin, Oktober 06, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Alhamdulillah setelah berpuasa di bulan Ramadhan, kini tibalah Syawal pula...
sedih ja nk tinggalkn Ramadhan..untuk sesiapa yg menjumpai dan berjaya meneroka rahsia ramdhan bersama malam lailatul qadar, alhamdulillah...semoga ALLAH berikan lagi kesempatan pada masa hadapan...

Semoga ramadhan yg berlalu memberi seribu keinsafan dan semoga amalan di bulan ramadhan akan terus dikekalkan pada bulan2 akan dtg...

Lepas ni bersedialah untuk menghantar para bakal2 haji menunaikan rukun ISLAM yg ke-5 ini...
Oh...ya...raya..raya juga..jgn lupa pd mangsa2 banjir di utara semenanjung...kira rumah arwah maktok terlibat skali la.....

akhir kalam, ana nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin....

*alhamdulillah seronok raya ni dpt jumpa cikgu2 sekolah, kwn2 n adik2 junior....semoga ukhwah ni terus kekal..insyaALLAH....

#ana hadiahkan gambar kuih raya jer la..duit raya x sempat nk ambik gambar...