Sabtu, November 29, 2008

balik bercuti.....

assalammualaikum.....

ana akan balik bercuti di rumah...yahooooo.....
smoga cuti nie dimanfaatkan....
ana dh kemas brg dan bilik smua...

~ buku2 yg dh susun sebelum balik....bercampur-campur buku..da buku finance,buku law,buku akaun, buku2 agama dan pastinya al-Quran....tp al-Quran nie kena bawak balik la~

Selamat bercuti pada diri sendiri........wassalam.....

Rabu, November 26, 2008

Selamatkah kita??

Assalammualaikum.....ana nak ucapkan Happy belated Birthday pada diri sendiri...hehehhe..smoga 20 tahun yg lalu telah dilalui dgn redha ALLAH dan penuh pengisian utk ISLAM...insyaALLAH...

bukan nak cita ttg surprise party yang tak selamat....tp nak cerita ttg isu keselamatan mahasiswa dan mahasiswi sekalian....

Baru-baru ada satu kes di UiTM di mana bilik pelajar telah dimasuki perompak dan diletakkan pisau dimuka...YA ALLAH..mintak dijauhkan dari kita....

Manakala isu di UM sendiri, bilik seorang foreigner di kolej 12 telah dipecah masuk dan barang2 ny telah dicuri...Kesian dia....selepas ja itu,foreigner ni pn terus buat aduan di pejabat polis......patutnya dia adukan dulu di pejabat keselamatan....Kesian pulak pejabat keselamatan diabaikan.....

Isunya sekarang, sejauh mana tahap keselamatan di peringkat varsiti??
Adakah ianya tanggungjawab pegawal keselamatan atau kita sendiri perlu mencegahnya??
Isu keselamatan bukanlah satu isu yang baru tetapi dah lama cuma kita sendiri suka dgn cara "bila terhantuk baru tengadah" lebih kurang bila dah terkena atau terjadi sesuatu, baru nak ambik tindakan....

tak pula kita ni mengambil peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" kan lebih baik cegah dr ubat...

Situasi kat atas ni situasi kat KL Sentral yg ana sendiri dapat lihat.....Ditinggalkan barang tanpa pengawasan....Kerana terlalu lapar agaknya.....Tapi mmg dr mula hingga akhir yang ana tgk, beg ni mmg selamat di tempat awam tapi kenapa di tempat yang da kawalan keselamatan seperti varsiti pulak berlaku masalah jenayah...erm..x per la..mungkin ada yg akan kata "malang tak berbau"....mungkin kalau nak terus dibincangkan, masalah jenayah ni akan tetap jugak berlaku tapi boleh dikurangkan....semoga pejabat keselamatan,mahasiswa dan mahasiswi supaya berhati-hati.....ingat yer, kalau berlaku kecurian, varsiti tak akan bayar kerugian walaupun kita ada ambik insurans di bawah varsiti..hehheh....

Sekian saja berita utk cuti ni.....


-"Sedih jugak x dapat join kursus kat PD"

gambar kat bawah ni aktiviti sepanjang cuti selain dari kerahan tenaga siapkan fail2 yang ada...
~ favourite coklat..kalau nak bg hadiah ok jugak~

~ nyum2...hadiah birthday from Kak Maza..tq akak..luv u~

~cuba teka ini apa??heheh..~


Jumaat, November 21, 2008

HaPpY bIrThDaY.......

Selamat Hari Lahir ana nak buat ucapan khas kat sini utk room8 ana...merangkap pendengar setia setiap cita2 hati ini merangkap assistant dlm keja2 JTK merangkap segala rangkap sajak yang ada la...

hehheh.....ana doakan supaya saudari Azyan Amalina binti Johari berbahagia di dunia dan insyaALLAH di akhirat...semoga sentiasa diredhai ALLAH.....
semoga jugak hubungan persahabatan ukhwah kita ini kekal selamanya...

syukran jazilan menerima hamba ini yang dhaif lagi hina....huhuhu...cedih la pulak....cam buat ucapan raya pun ada....

#24nov to 27nov p Port Dickson, doakan semoga da sesuatu dakwah yang dpt dilakukan....ameen...

Khamis, November 20, 2008

tenangkanlah hati..kuatkanlah ia...

assalammualaikum.....setelah hampir agak lama mengahdapi masalah, akhirny diri ini syukur pd ALLAH dlm bantuannya menyelesaikan masalah ini....alhamdulillah....

Semoga cuti dan semester 2 yang bakal menjelang ini akan betul2 ana manfaatkan di jalan dakwah......

Rindunya semasa menjadi pelajar tahun satu....tetapi masa tak mungkin dpt diulang....
Akan ana kutip semangat2 yang ada ini utk teruskan perjuangan....

Jgn nak fikir benda2yang remeh lagi....semua benda remeh telah terjawab...

Hati ini sakit bila dakwah tak berjalan....

Hati ini tak tenang bila perjuangan bertangguh....

Hati ini perlu di didik untuk terus kuat.....

peringatan buat diriku : wanita adalah fitnah terbesar.....Jgnlah jadi fitnah ini....

Ahad, November 16, 2008

Kerja atau Kerjaya??

Assalammualaikum......alhamdulillah.....lepas saja abis exam ari sabtu, ana terus diajak ke satu talk di Putrajaya...

kami 6 org p (ana,kak yuni,kak dayah, kak biey, raslah n saiedah) awal2 pagi pukul 9 pagi dh jln2 p kat bus stop pusat asasi...ingatkan ramai la yg nk join talk ni...tgk2 dlm 10 org jer...adeh...mmg la rugi org yg x nak ilmu ni...tp x per la..bersangka baik kn, mungkin org lain da hal sendiri...

baiklah smpai jer kat Podium Bangunan Kementerian Sumber Manusia barulah kami ni tau yg talk ni adalah utk live Generasi-Y yang ditayangkan dlm Tv1...erm...Tv pun tv la janji ilmu dan input yg nk dpt...

Tajuk nya adalah Pasca Graduan...hehheh da kaitan ka dgn kerja or kerjaya?? ader..ader...
Nak iklankn sikit yg Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengadakan Kajian Pengesanan Graduan. Jemputlah dtg ke PWTC pada 22 hingga 23 November 2008 kerana lebih dr 17 ribu peluang pekerjaan akan diberikan semasa Karnival Kerjaya ini berlangsung...

Ok..cukup2 promote ttg karnival tu....Isunya sekarang, SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMASTIKAN GRADUAN-GRADUAN MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

erm....mari kita bincangkan, dah letih jugak telinga ni dengar sebenarnya peluang pekerjaan byk tp yg siswazah kita ni pulak yg suka memilih pekerjaan!! erm....kalau difikir-fikirkan dan mengikut penelitian bercampur diskusi, siswazah akan memilih kerja jugak kerana mereka dah penat belajar pasti kerja tu nak senang2 kan. Tapi harus diingatkan kerja tu nak kan ganjaran, kalau nak pulangan pasti lebih kuat kerjanya dan usahanya...betul tak???

Bak kata Encik Rahman(pengarah tenaga kerja di KSM) it's all about attitude......Graduan kita ada sikap yang memilih dan ego....Selalu berfikiran yang orang berilmu itu akan sentiasa berada dia atas....Ingatlah sebaik-baik cikgu adalah kehidupan itu sendiri.

Bersedialah kerana Malaysia akan berubah menjadi negara yang hanya menawarkan kerja secara kontrak, kita bakal2 graduan perlu bersedia dgn multi skills kerana dunia diluar lebih mencabar...Baru2 ni da 6 orang engineer telah dibantu oleh pihak KSM mendapatkan kerja di MOU, tak sampai seminggu enam2 orang ni dah berhenti...erm, tak kah ini akan memburukkan nama baik kerajaan itu sendiri.....

Cuba bayangkan kalau syarikat Multinasional membuka cawangan di Malaysia, kemudian kerajaan membantu para graduan mendapatkan kerja di syarikat tersebut tetapi baru kerja tak sampai 1 minggu dah nak berhenti, ini akan membawa imej yang buruk pada Malaysia itu sendiri......

Memang murni kerajaan membantu para graduan mencari pekerjaan tetapi da sesuatu di dalam minda ana dan ana mohon pandangan yang lain iaitu kerajaan sibuk memcari kerja untuk graduan kerana ingin disegerakan bayaran PTPTN yang telah tertangguh??? benarkah situasi ini?? Jika semua graduan diberi biasiswa pendidikan, mampukah graduan ini mencari kerja dengan sendiri???

Erm...mari fikirkan bersama ya.......

Ahad, November 09, 2008

La Tahzan....


Besyukurlah..bergembiralah apabila diri ini diuji kerna itu bermaksud ALLAH masih menyayangi diri ini.....

Khamis, November 06, 2008

Bila makan, kena makan smpai habis yer...

Assalammualaikum.....kali ni ana nk cerita ttg makan....bukan ana nk bg respi tp kepentingan dan barakah yg kita perolehi jika mkn smpai licin...

Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah

mmg benar kn....kita x tahu pada bahagian makanan yg mn ALLAH pilih sbg asbab untukNYA menurunkan barakah....
Jelas menunjukkan kalau nak makan, kita kena bersederhana....jgn ikut nafsu....ni kira pesan utk diri ana jugak la ni......
Lepas ni kalau makan kat dewan santapan, jgn letak banyak2 yer lepas tu x habiskan...kesian jugak kat sahabat2 yg dtg lambat tu...

Isnin, November 03, 2008

hujung minggu dlm study week

Assalammualaikum....... Alhamdulillah...ana nk ucapkan tahniah bt junior2 and senior AJK PROSPEK......tahniah di atas kejayaan PROSPEK di Putrajaya pada 1 November 2008...
~AJK PROSPEK bersama penyelia~

~Nametag PROSPEK 08/09..tq unit publisiti~

nmpakny lepas ni kena kerja lagi kuat setelah En Syed sambung belajar kat New Zealand......InsyaALLAH Kak Maza n Kak Pah akan sedia memberi bantuan...begitu jugak ex-officio ini.....chaiyok2.....

kita membawa ilmu dan dakwah ini...
Ana citakan pengalaman setelah lama x berPROSPEK ni kan....sebenarny agak lupa tp alhamdulillah ALLAH bg refresh skit....

Sekali lagi ana jd Floor Manager....tp kali ni agak mencabar coz da pelancaran buku dan AJK semua boleh dikatakan 90% adalah AJK baru dan ana x pernah kerjasama....

Ana pendek kan...bila smpai slot menetap hala tuju dan LDK, ana dipertanggungjawab kn oleh Encik Syed utk handle..... Setelah habis bg guide, ana pn round pd smua group2...... kebanyakkan adik2 yg hadir adlh adik2 yg bakal lg 2 minggu hadapi SPM.....insyaALLAH akakmu ini akan sentiasa doakn adik2 ya... Semuanya mcm bingung dan takut.....tp ana ingatkn adik2 termasuk ingatkn diri sendiri.....kita berusaha dan perlu bertawakal.....

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. " Surah Ali Imran Ayat 3

andai kata ALLAH x nak beri, pasti ALLAH akan beri yg lebih baik pada kita. Ana rasa bahagia buat keja dlm PROSPEK ini kerana PROSPEK ini merupakan medan dakwah yg sesuai dgn jiwa ana.... dapat jumpa adik2 yg masih fresh dan sampaikan maklumat ttg dunia selepas SPM dan cara2 hadapi masalah.... Da satu ayat lagi yg ana smpaikan...bila kita da masalah, jgn mengadu pada ALLAH yg kita da masalah yg byk dan besar...tp bgtau pada masalah kita da ALLAH yg berkuasa utk membantu kita....

Pd 3 November 2008 pulak, Kak Maza ajak semua JTK, JIK dan yg len2 p jamuan raya dan mesyuarat utk penubuhan koperasi alumni 4th...mula2 x nk p tp selepas dipujuk semua, ana pn pie jugak.....alhamdulillah da hikmahny...ana jumpa senior akaun yg dh graduate dan skrg keja kat Petronas....byk input yg ana dpt....dlm otak ni dh ligat membina masa depan..walau x graduate lg tp dh pikir nk keja apa dh skrg ni....impian n cita2 kena besar utk dicapai....
bukan pikir keja ja tp pikir jugak keja ni ana bleh dakwah dr sudut kewangan,ekonomi dan muamalat.....sbb ana dh terjun bidang ni kn....lepas sembang2 dgn lamanya...kami semua dijemput utk mkn....makanan ini ditaja oelh Datuk Seri Najib Tun Razak...coz dikalangan alumni 4th ni da sorang setiausaha Datuk Najib nie....

Alhamdulillah...selepas makan, kami pun mula bermesyuarat.....da 12 orang dilantik menjadi Anggota Lembaga Koperasi termasuk Kak Maza....kami yg masih belajar ni hanya mendengar dahulu....Kami diberi tempoh selepas 12 bulan utk melabur di dlm projek penternakan kambing...mmg lumrah ana ni minat dgn bidang2 perniagaan, ana akan usahakan utk cari modal utk melabur setelah melihat prestasi penternakan kambing tersebut..... Berniaga itu akan satu sumber yg baik...Rasulullah jugak berniaga dahulu..pa salahnya jika kita mengikut jejak baginda...
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas. " Surah Al Israa' Ayat 17

Tu jer la cita sewaktu hari sabtu dan ahad yg lepas.....smoga mendapat redha ALLAH....
exam ana akan bermula 7/11 hingga 15/11....
rindu pada family...

p/s :Buat sahabat2, senior2 dan adik2 junior....all the best utk exam ni....