Selasa, April 28, 2009

Sila Bertindak dengan segera!!!Penting...


Assalammualaikum....

Saya ingin memaklumkan dan memohon agar warga Kolej Kediaman Keempat menyemak baki akaun yuran di laman web umisisweb

Ia adalah untuk memastikan jumlah caj yuran dan denda yang dikenakan adalah seperti yang telah anda sedia maklum...

Kemungkinan ada kesalahan teknikal di sini......
Diharapkan perkara yang telah berlaku kepada salah seorang warga kolej tidak berulang lagi...InsyaALLAH...
Kita kan manusia biasa, pasti ada lakukan kesilapan tapi insyaALLAH dengan ungkapan 'maaf' dapat menyejukkan hati yang amarah dan sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul
Saya memohon maaf...

Ahad, April 26, 2009

Berterus teranglah

Assalammualaikum.....

mungkin entry ini lewat berbanding perkembangan makanan setiap hari yang telah berlaku di 4th

Untuk makluman warga Kolej Kediaman Bestari, bertepatan dengan bayaran sebanyak RM3.50 sehari untuk mendapat makanan sebanyak tiga kali iaitu sarapan, lunch dan dinner, beberapa pengubahan menu telah berlaku bermula minggu ini dan insyaALLAH akan diaplikasikan di dalam semester hadapan.

RM3.50 sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung kos makanan sebanyak tiga kali ini.....
Oleh yang demikian, menu yang sebelum ini telah menyebabkan kolej berlaku defisit...
Defisit ini masih tetap akan berlaku tetapi dengan mengambil beberapa langkah, kolej akan mampu mengurangkan kadar defisit. RM3.50 ini hanyalah meliputi harga kos bahan mentah utama masakan seperti ayam, ikan, daging, telur, sayur dan lain-lain. RM3.50 ini tak termasuk membayar gaji pekerja dan bahan-bahan sampingan seperti minyak, gas, kicap, garam, gula, ajinomoto dan beberapa bahan lain.

Mungkin masih ada yang kabur-kabur tentang defisit. Defisit adalah apabila kita berbelanja melebihi pendapatan yang kita ada. Dalam keadaan kolej, defisit ini akan dibayar oleh pihak universiti mewakili kolej tetapi kolej perlu membayar semula pada masa hadapan jika mempunyai lebihan pendapatan(kiranya kolej berhutang dengan universiti)....Jika setiap tahun kita defisit, bila masa kita nak bayar balik...
Nanti kesian adik-adik masa hadapan terpaksa menanggung derita kerana perlu membantu kolej membayar hutang pada universiti...

Menurut jangkaan, pada tahun ini,jumlah defisit akan meningkat kepada RM500,000...
Beberapa langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan jumlah defisit ini adalah:
1.) Berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik. Biasakan diri menutup suis lampu dan kipas apabila tidak digunakan.
2.) Berkerjasama dengan pihak kolej agar tidak membawa barang-barang elektrik yang berkapasiti elektrik yang tinggi. Ia bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan elektirk malah mampu untuk meyebabkan masalah di sistem utama elektirk setiap aras(maklumlah, kolej kita kan dah lama). Jika berlaku kerosakan dan masalah pada sistem utama kos penyelenggaraan akan meningkat.
3.) Gunalah barang-barang dan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Contohnya tandas. Berhemah dan cermat semasa penggunaan tandas.
4.) Jimatkan penggunaan air.
5.) Membekalkan makanan dengan kadar RM3.50 yang telah ditetapkan.

Saya tahu kita telah membayar untuk menginap di kolej ini, tetapi bukankah kebanyakkan langkah yang saya nyatakan di atas kita sentiasa amalkan di rumah? Kita mampu lakukan sesuatu walupun ianya sekecil-kecil tindakan

Ini hanyalah makluman pada warga kolej, jika ada yang ingin menjadikan amalan, silakan (taffadol)...kalau ada yang nak membantah pun tak mengapa...itukan hak masing-masing...

.............................................................

Sebenarnya tajuk di atas tu bukan da kaitan pun dengan kes makanan tu....

Saya pohon pada seseorang itu yang mempunyai jawatan penting dalam organisasi pelajar untuk berjumpa bersemuka dengan saya dalam menghadapi krisis dan masalah yang berlaku antara kita...
Saya pohon pada individu tersebut untuk tidak terus menabur tuduhan dan mencanang pada adik-adik junior sesuatu yang tidak pasti...
Saya punya tahap kesabaran, jangan sampai individu tersebut malu suatu hari ini...
Apa salah saya sehingga tidak berani bersemuka, adakah anda takut pada kebenaran yang akan keluar dari mulut saya....
Ataupun setelah 3 tahun belajar tentang kepimpinan, anda masih tidak boleh terima kritikan orang lain...
Saya mendiamkan diri demi menjaga maruah anda sebagai pemimpin saya, tapi jangan diuji ataupun dicabar lagi manusia ini kerana saya juga ada hati dan perasaan....
Mengapa sukar untuk anda akui kesalahan sendiri tetapi sering meletakkan kesalahan pada orang lain....
Kalau anda melebihi limit, saya akan berjumpa untuk menghitung segalanya dan menuntut pembelaan tapi jika sabar ini tetap berada dalam diri dan masih menghormati anda sebagai manusia dan hambaNYA, saya menuntut perhitungan dan pembelaan di Hari Pembalasan....
Berhenti bersikap "play safe"....dunia luar yang bakal anda hadapi lebih mencabar.....Anda akan dikritik dan disakiti nanti...
lebih baik dikritik sahabat dan kawan-kawan dari dikritik oleh musuh....

Sekian sahaja coretan dari saya.....Kalau ada yang terasa tentang coretan ini, silakan........tiada halangan....



~buat sahabat-sahabat yang dikasihi~
~terima kasih, hanya ALLAH mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian~

Selasa, April 21, 2009

berilah hambaMU ini petunjuk...

Assalammualaikum........
Alhamdulillah semester dua sesi 2008/2009 akan berakhir dalam tempoh tak sampai sebulan lagi
Tapi masih banyak lagi kerja sebagai Setiausaha JTK yang masih belum selesai....
Mintak break dulu boleh kan???hehehhe....lepas habis exam sambung balik...

Sesi 2008/2009...biarlah ianya terukir kemas di dalam diari ana sahaja...

Pernah dengar tentang istidraj???
bagi ana, biarlah ALLAH uji ana dengan ujian sehingga menitis airmata ini daripada ALLAH memberikan ana istidraj...
TAPI apa kuasa kita untuk menentukan kuasa ALLAH....

Istidraj tu maksudnya walaupun berbuat maksiat, masih merasa Allah menyayanginya. Memandang hina kepada orang yang beramal.Contohnya "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Contoh yang paling jelas lagi adalah Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Kalau gambar ais kacang ni pun sedap jer kan....Harap2 bukan istidraj dari ALLAH untuk lalaikan ana dan tidak bersyukur...InsyaALLAH...

Berbalik tentang istidraj tadi....Pernah dengar tak walaupun tak study sungguh-sungguh tapi masih dapat result yang gempak....bagaimana ya agaknya ini terjadi??Bukankah orang yang menuai akan mendapat hasilnya??

Alhamdulillah syukur jika kejayaan itu kita panjatkan syukur pada ALLAh kerana mungkin kejayaan yang kita dapat walaupun tak study teruk-teruk adalah berkat doa ibubapa, guru-guru, pensyarah, sahabat-sahabat dan umat Islam di dunia ini...

Tapi kat dunia ni, ada juga manusia yang mendapat kerjayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh kemudian riak dengan menganggap ia adalah penah lelah dirinya.......Inilah yang cuba untuk kita sama-sama elakkan....

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]

Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.

Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]


Marilah kita sama berdoa pada ALLAH agar segala nikmat yang diberikan olehNYA bukanlah istidraj...sama-samalah kita memohon petunjuk dari ALLAH....insyaALLAH

Cantikkan mereka di atas ni...gambar ni nak tujukan utk my beloved younger sister....hehhehe...Gambar tak ada kaitan pun dengan ana ataupun adik ana sebenarnya



Khamis, April 16, 2009

ALLAH telah mengira titis airmata



Assalammualaikum....imtihan makin hampir....

kalau 1st year memang akan mula menjawab exam esok paper english...berdebar tak??

kalau dah 2nd year ni exam bermula lambat dan habis pun lambat...

24hb April Exam Malaysian Taxation System pukul 3ptg
29hb April Exam Accounting Information System pukul 3ptg
2hb Mei Exam Business Statistic pukul 11.30pg
5hb Mei Exam Financial Accounting & Reporting III pukul 3ptg

Sikit jer kan exam kali ni....memang tengok sikit jer tapi ALLAH ja tahu macam mana nak hadapi..
Semalam macam nak pecah dada..macam ja kan..tapi ALLAH tak akan memberi ujian pada hambaNYA tanpa melihat kemampuan hambaNYA hadapi ujian itu.....
Tak mampu nak diceritakan.....
OK...lepas ni kita sambung sesi tazkirah lepas exam boleh...
nanti dah kat rumah free la sikit....

Selasa, April 07, 2009

Aku cinta ALLAH.....


Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang KAU sayang
Yang KAU rindukan
Yang KAU cintai
Aku lemah
Tanpa MU aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku....
Tolongku....
YA ALLAH.....
Setiap airmata ku mengalir
ALLAH aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
ALLAH jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang ALLAH.....
Aku rindu ALLAH......
Aku cinta ALLAH......

Isnin, April 06, 2009

Kadang-kadang tak perlu untuk disoal atau mengeluh..

Assalammualaikum......

Hari makin berlalu.....
Bulan makin berlalu....
Tahun juga makin berlalu...

tak mungkin masa boleh berputar semula...Pengajaran sahaja mampu diambil dari masa yang telah berlalu.....

Tangisan lebih banyak dari kegembiran....tapi pasti tangisan yang bermakna....tangisan yang sungguh manis di akhirnya....tangisan yang lahir tanda ALLAH sayangkan diri ini...

Penat tapi inilah pengalaman...mingkin sekarang rasa terlalu berat tapi bila di kemudian hari akan rasakan benda yang dilalui ini indah...

Tapi...manusia-manusia itu perlu diajar....supaya ianya tidak berulang lagi....

YA ALLAH..kuatkanlah hati ini....semoga apa yang dilalui dan dilakukan hanyalah kerana ALLAH....





________________sambungan..........

tetiba selepas meeting yang ana hadir tadi, terasa macam nak buat sambungan.....

memang ana bersedih tapi ana masih ada semangat untuk selesaikan kerja yang masih belum selesai.....

Terima kasih ALLAH kerana kurniakan diri ini kemanisan ukhwah dalam perjuangan ini...

Jumaat, April 03, 2009

ALLAH sedang berbicara dengan kamu...

~kuliah ilmu yg terakhir pada sesi ini~
~jatuh hati dengan kedua-dua panel jemputan, sgt mengagumi~


Assalammualaikum...wargh...dh mcm ala2 ayat dlm filem ayat2 cinta jer kan...

Maaf kerana lamabat update...cerita ttg majlis perkahwinan maksu ana pun hanya sekadar gambar sahaja....Ana tak berapa sihat sejak sekarang ni...

Lepas ja majlis kahwin, sibuk dengan Malam Anugerah Bestari....bukan Anugerah Bintang Popular Berita Harian yer....Tahniah diucapkan kepada saudara Chan Min Yan(Abg Marcus) bersama AJK kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab menjayakan MAB...

Exam akan bermula dalam tempoh 2 minggu lagi...berdebar dan takut kerana masih byk yg masih belum dihadam....Ditambah pula dengan penderitaan yang perlu ditanggung....

Seminggu yang lepas ada menghadiri kuliah ilmu penutup yang bertajuk "Relevankah Pelaksanaan Hudud di Malaysia?"

Antara ahli panel yang hadir adalah YB Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Prof Dr Abdul Aziz Bari....kagum ana dengan kedua-dua ahli panel ini....ternyata ilmu di dada YB dan Prof sgt byk sehinggakan tak puas ana rasakan forum pada mlm itu...seolah-olah mahu saja terus disambung walau jam telah melewati lebih dr 11 malam..

Hudud dari segi bahasa adalah HAD iaitu batasan manakala dari sudut istilah ialah batasan-batasan ALLAH. Hudud bukanlah isu politik yang perlu digembar-gemburkan tetapi merupakan maslahat manusia .

Antara hikmah melaksakan hudud adalah :

1.) Hudud adalah memelihara agama(membela agama)
2.) Hudud adalah memelihara jiwa(qisas)
3.) Hudud adalah memelihara kehormatan & keturunan
4.) Hudud adalah memelihara akal(spt dr yg memabukkan)
5.) Hudud adalah memelihara harta

cukuplah setakat ini dahulu tentang hudud...relvan atau tidak, nanti ana akan sambung...mata dah nak lelap....sakit makin menjadi....insyaALLAH diberi kesempatan dan ruang, ana cita tentang rehlah jugak....banyak nak dimasukkan tetapi kelapangan menaip masih belum ada...

Wassalam...

cari dimana nama???mestilah dikeliling sahabat2 yg disayangi