Ahad, Disember 06, 2009

Critikal Thinking...

Assalammualaikum...
Selamat kembali ke kampus buat semua sahabat-sahabat..
Gelombang awal PRK telah bermula seiring dengan kuliah dan kelas tutor yang rancak pada minggu pertama.

Ana telah hadir ke kelas Critikal Thinking...banyak yang dipelajari walaupun baru minggu pertama..
Bak kata lecture, bila kita dengar saja perkataan Critikal, pasti kita fikirkan kemuncak ataupun sesuatu yang tinggi.
Yang peliknya, masa tu ana tak fikir pulak macam tu, ana lebih fikir pada Kritik...iaitu sesuatu yang negatif...bagi sesetengah orang, kritik adalah
negative...
Motif subjek
Critikal Thinking diajar di universiti adalah untuk mendidik students menjadi insan yang mampu menyelesaikan masalah apabila bekerja..
Critikal Thinking cuba menampal kelompongan dari sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang mendidik ke arah "What to think"
Walhal, alam pekerjaan memerlukan individu "How to think"....

Nampak seolah-olah simple, tapi cuba kita fahami betul-betul beza HOW dan WHAT tersebut...
Apabila kita cuba menganilisis dan mengkritik sesuatu isu mahupun
statement individu, kita perlulah bersikap rational, jangan nak ikut emosional saja...

Jadilah org yang
skeptical iaitu sentiasa bersoal jawab semula dalam mendapatkan kepastian dalam menerima hujah dan dan kata-kata orang lain..
jangan jadi orang yang
suspicious sehingga menerima bulat-bulat setiap statement dan kata-kata tanpa berhujah berkaitan fakta..

Keyword
nya...dalam Critikal Thinking, kenalah analyzed,assessed dan reconstructed..
Itula nak cerita kat sini, jangan suka-suka ja nak nilai orang lain ya....

akhir entry, terimalah picture sepanjang cuti dulu..dari majlis kahwin sampailah aktiviti masak-memasak...

~ majlis di Batu Pahat, Johor ~
~ majlis di Sungai Petani, Kedah ~~ tengok2 roti jala mesti ada...hidangan malam akad nikah ~

~ untuk orang nun di mesir sana~

~ abang masak-memasak...nyum2..sedap ooo ~

~ seronok buat roti nie ~

~ yang tiga segi tu abang buat untuk orang nun jauh di mesir jugak ~

~ x sah kalau tak ada muka budak nie ~

Rabu, Disember 02, 2009

Sahabatku

Assalammualaikum....
Agak lama menyepikan diri...ala, bukan buat apa pun yang tak update blog tu...
Hari ni tengok berita bercakap tentang isu di Parlimen...Isu yang menarik hati adalah tentang pendidikan

"KANDUNGAN BUKU TEKS TIDAK MERANGSANG DAN MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI SUBJEK YANG DIPELAJARI"

betul ka statement ni ya agak-agaknya??

Dulu zaman sekolah, ana adalah salah seorang yang agak rajin membeli buku-buku rujukan tambahan terutamanya subjek-subjek seperti kimia, biologi, fizik dan sejarah.
Jujurnya buku teks yang ana tak pernah sentuh adalah buku teks Prinsip Perakaunan...
Bukan tak sentuh sebab apa pun, sebab tak belajar kat sekolah kan...kat tuisyen pun Sir Subra tu tak pernah guna apa-apa pun buku, dia cuma bagi-bagi kertas ja..



Kalau kita teliti buku teks Sejarah, memang rasa nak lentok tidur ja kan??
Tapi isi kandungan dalam buku teks Sejarah tu memang padat cuma bila dibuat dalam bentuk karangan tu yang agak bosan untuk dibaca.


Eh, apa pulak kaitan buku teks dengan sahabat ni??
Bila cakap tentang buku teks, mesti ingat pada sekolah kan...
Bila ingat pada sekolah, mula la ingat tentang kawan-kawan dan seorang sahabat ini...

Nama diberi Anis binti Abd Rahim....simple kan nama dia...se simple orang nya juga..
Kami mula berkenalan sejak tadika KEMAS lagi...
Uniknya dia dan persahabatan kami adalah, tuan puteri ni dilahirkan pada 24 November 1988 iaitu sehari selepas ana lahir...
Alhamdulillah ana bersyukur dikurniakan sahabat seperti dia...
Sepanjang perjalanan hidup ini, dia banyak memberikan semangat pada ana...
Walaupun sekarang kami jauh terpisah kerana dia belajar di Institut Perguruan di Pulau Pinang dan ana pula di Kuala Lumpur,namun benarlah jarak tak memisahkan ukhwah yang terjalin ini...

Dia sering panggil ana "kakak" walaupun realiti dan fizikalnya, dia lagi tinggi dari ana...hehheheh....mesti ramai nak tau kan sapa la Cik Anis yang dceritakan ni...
Tak pun dulu masa sekolah ada juga orang panggil dia jepun n china sebab kulitnya putih dan mata sepet seolah-olah macam Jepun...
Ana tak mampu nak balas jasa baik Anis pada diri ini, semoga ALLAH yang mampu memberikan nikmat dan kurnianya pada Anis...Semoga redha ALLAH sentiasa bersama persahabatan ini...
Masih banyak kisah suka dan duka kami bersama sehingga tak terungkap

Last word, please don't cry..hehehhe...(tapi kalau dah nangis, masih boleh dimaafkan)
Nanti mesti Syerul jelaous pulak...ok2 nanti buat post tentang sorang lagi sahabat baik dari sekolah rendah sampai sekarang ini kitaorg study kat UM juga...