Isnin, Mei 31, 2010

Ucapkanlah "semoga kita bertemu lagi"

Assalammualaikum...telah 3 tahun berada di bumi UM..pelbagai rintangan, dugaan yang pahit dan manis diharungi bersama. Pasti sepanjang 3 tahun ini bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan dan kakak-kakak yang banyak menyuntik semangat tarbiyyah dan dakwah dalam diri ini.

Kali pertama menjejakkan kaki di UM...berhadapan dengan Minggu Haluansiswa yang mencabar...Alhamdulillah berjaya bertahan...
Selepas MHS, senior mula kembali ke U...Mula mengenali senior satu aras iaitu Kak Bahiyah, Kak Jannah dan Kak Aniza. Hampir setiap hari pasti bilik B004 itu ana kunjungi, saling bertukar cerita, bermanja dengan akak-akak. Kemudia mengenali lebih ramai senior seperti Kak Hidayah, Kak Ayuni, Kak Sarah, Kak Peace, Kak Dayang, Kak Mashitah dan ramai lagi akak-akak...
Disebabkan ana merupakan anak sulung, jadi peluang bersama akak-akak digunakan sebaik mungkin tetapi jujurnya dari sini ana mula belajar apa itu erti hidup survivor dan hidup dalam perjuangan....Bila hujung sesi tahun pertama, tiada lagi untuk bermanja, kami di didik agar lebih dewasa dan bersedia menerima adik-adik lain.

Itu cerita tentang senior-senior...bagaimana pula dengan satu batch ya??
Menyertai Balai Islam, mendekatkan ana dengan beberapa sahabat-sahabat seperti Maryam, Kak Iffah, Sakinah, Hanis, Shakila Ramli (semua ni geng-geng bahasa Arab), Saiedah, Raslah, Suhaiza, Kak Ama, Kak Ain, Mira dan beberapa orang lagi di dalam Balai Islam....
Bukannya nak dikatakan ana terlalu assabiyah sehingga berkawan dikalangan Balai Islam sahaja...itu semestinya tidak sama sekali...Ada juga kawan-kawan rapat yang ana kenal di dalam Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK), roomate ana sendiri, Azyan, Sue, Hafiza dan Arwah Nadia.
~ sambut hari lahir sama-sama ~

Apa ya kami sering lakukan bersama? Menyertai projek-projek dan aktiviti-aktiviti kolej adalah sesuatu yang pasti akan dilakukan. Menjadi Pembantu Mahasiswa bersama-sama. Disamping itu pastilah kami ada pengisian bersama, jogging ke tasik, rehlah, qiyam, usrah bersama, berbuka puasa bersama dan lain-lain.
~ ini bos ana ketika FEMINA'09 ~

Apa yang menyebabkan ana terdetik untuk menulis post ini adalah kerana, tahun ini ana bakal kehilangan sahabat-sahabat seperjuangan di medan kampus seperti Maryam, Kak Iffah, Sakinah, Shakila,Azyan dan senior-senior kesayangan yang banyak memberi suntikan semangat pada diri ini iaitu Kak Ayuni, Kak Aniza, Kak Hidayah, Kak Bahiyah dan Kak Jannah..
~ ketika berjumpa dan berbincang bersama Kak Kartika ~

Anda semua merupakan orang-orang yang ana sayangi dan semestinya sesi akan datang tidaklah seperti sebelum-sebelum ini lagi....Pastinya tempat menumpahkan airmata dan senyum gembira akan berubah...Pastinya pelukan kesedihan dan keriangan akan berubah....Telah banyak rintangan, dugaan, keperitan, kegembiraan dan kejayaan yang kita harungi bersama dan sudah pasti ianya tidak akan dapat diputar kembali......
Kita dipertemukan kerana ALLAH dan kita berpisah sementara juga kerana ALLAH....

Doakanlah agar ana terus tabah meneruskan perjuagan dan kelangsungan di kampus.....
~ rehlah bersama ~

InsyaALLAH di akhir kalam..ucapkanlah SEMOGA KITA BERTEMU LAGI..JIKA BUKAN DI BUMI ALLAH PASTI DI AKHIRAT KELAK

p/s Jika ingin diceritakan saru persatu pengalaman kami bersama, pasti panjang berjela posting ini..cukuplah sekadar dikongsikan secebis sahaja..yang lain tu ana nak simpan sendiri

Selasa, Mei 18, 2010

Kisah Kita Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2010/2011

~ special kad from AJKO 10/11 ~

~ kisah kami bermula di sini ~


7 Mei 2010 menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Perlis memulakan tugasan sebagai Ahli Jawatankuasa Orientasi (AJKO) untuk generasi ke-11. Walaupun diri ini Generasi ke-7, agak jauh bezanya tapi ingatan menghadapi hari pendaftaran di KMP masih segar. Dihantar awal oleh mama dan abah ke KMP dan tidur satu malam dengan akak-akak AJKO. Sejak hari bertemu akak-akak dan abang-abang AJKO yang baik, dalam diri memang dah tanam niat untuk jadi AJKO juga. Alhamdulillah tercapai juga. Hari-hari sebelum pendaftaran berjalan seperti biasa.

9 Mei 2010 menguruskan penginapan waris. Dari raut wajah ibubapa yang hadir, masing-masing keletihan membawa kereta berjam-jam demi menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran nun jauh di utara. Majoriti waris yang menginap di KMP resort (statement) adalah dari pantai timur. Dari pagi hingga malam setia di pondok pak guard menguruskan nombor bilik untuk waris. Kasih antara kami AJKO mula mekar pada 9 Mei 2010. Tolong-menolong tanpa mengira letih dan kepenatan diri sendiri. Tiada erti kata mementingkan diri sendiri dan berehat seketika bersama Kit Kat oleh setiap AJKO. Jutaan kasih untuk AJKO-AJKO untuk terima dari kami unit penginapan kerana banyak membantu kami menguruskan penginapan waris.

10 Mei 2010 Jika dikira-kira, Unit Trafik bangun paling awal bertugas seawal 6.30pagi di tempat masing-masing. Adik-adik trafik bersemangat untuk melaksanakan tugas menyambut seramai 1625 buah keluarga yang pelbagai ragam. Peluh dan airmata bercampur dikesat dengan penuh sabar. Fahamilah kerenah keluarga yang pelbagai ragam. Hari pendaftaran, word of the day adalah MESRA PELANGGAN. Pelanggan selalu betul, jadi telan sajalah maki hamun dan tidak puas hati. Diri ini juga terkena tempias berkhidmat di Kaunter Asrama. Terpaksa naik ke blok tingkat 4 untuk menukar kunci dan adik yang tersalah bilik. Tak mengapa, bukan salah mereka tapi salah kami, TAPI tak perlu sampai dikatakan buat salah kerana tidak pergi ke sekolah. Pengajaran untuk diri ini : DALAM KEADAAN TERDESAK, MANUSIA BOLEH TERLEPAS CAKAP DAN MAMPU MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN. Kita yang sudah setiap tahun jadi AJKO ni, terima sajalah kerana sudah biasa.

Malam hari berbincang dengan Puan Juraini berkaitan pendekatan disiplin yang ingin digunakan untuk MPPB kali ini. Pesanan yang diterima "DISIPLIN TEGAS TAHAP GABAN". Kata Ketua AJKO, kita kena panggil Gaban la datang disiplin kan. Mengapa ya perlu sangat bertegas dengan adik-adik Generasi 11? Hari pertama, common sense yang paling basic, TIDAK TUTUP PINTU BILIK. Ingatkan satu kes saja di blok bawah pantauan saya tetapi blok lain juga alami kes yang sama.
Puan Azilah ada nyatakan yang Generasi kini tidaklah seperti zaman kami dimana bersosial secara bersemuka sehingga ada rasa common sense tetapi genarasi kini bersosial melalui FACEBOOK, BLOG, FRIENDSTER, MYSPACE dan lain-lain. Perasaan mendalami kehidupan sosial secara realiti tidak dapat diterjemahkan.
21 peraturan telah dirangka dan diminta agar adik-adik Generasi 11 patuh padanya. Kalau nak kata peraturan pun bukan la sangat tetapi lebih kepada benda-benda basic dalam kehidupan seperti WAJIB MAKAN, TUTUP SUIS LAMPU DAN KIPAS BILA TIDAK GUNA, SUSUN KASUT dan beberapa lagi peraturan kehidupan dalam hidup jauh dari keluarga dan berdikari. Ada adik-adik yang mengeluarkan statement, hari pertama dah kena marah dengan disiplin. Bukan niat nak marah tetapi penegasan agar tiada masalah akan datang kerana tenaga kerja AJKO dan pentadbiran tidaklah sekuat yang disangka.
Post-mortem : peringatan diberikan pada setiap AJKO agar dapat lebih tegas dengan adik-adik kerana buat pertama kali, satu blok perempuan didiami lebih dari 250 orang iaitu 6 orang sebilik.

11 Mei 2010 Adik-adik masih belum dapat sesuaikan diri dengan environment matrikulasi. Tidak mengapa, nama pun Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Datin Azuyah, Pengarah KMP tidak dapat berucap kerana kehilangan suara. Perit jika orang penting kehilangan suara. Waktu riadah diisi dengan senamrobik dan pembentukan huruf KMP diwakili setiap kluster masing-masing. Dapat dilihat kluster C yang didiami oleh lelaki dapat membentuk huruf P dengan sangat cepat dan mudah. TAHNIAH. Kluster A dan B juga berjaya membentuk huruf K dan M dengan cantik. Disini adik-adik diuji kerana AJKO tidak membantu, hanya menggunakan daya kepimpinan adik-adik masing-masing. Biar lambat tapi harapnya adik-adik belajar yang kerjasama tak akan dapat dipupuk dengan mudah dan sekelip mata sahaja.
Malamnya, satu perjumpaan dengan Kluster A diadakan sehingga pukul 1 pagi. Bukan niat saya sebagai disiplin untuk menahan tetapi sekadar ingin menyentuh hati adik-adik agar bangun dari mimpi indah dan dunia fantasi. Kehidupan di matrikulasi menuntut banyak pengorbanan berbanding kehidupan zaman cuti dan sekolah. Ada yang menyatakan tidak suka pada AJKO, tidak mengapa, bukan itu yang AJKO tuntut, cukuplah sekadar kami laksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

12 dan 13 Mei 2010 Jadual dipenuhi dengan aktiviti bersama mentor dan taklimat-taklimat yang penting. Ada dikalangan adik-adik Gen-11 yang mula alami gastrik kerana kurang makan dan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti makan maggi, minum kopi secara berlebihan dan hanya memakan biskut sahaja. Airmata ini menitis kerana membayangkan kehidupan hari-hari akan datang adik-adik selepas ini. MPPB adalah medan menguji pengurusan masa dan diri adik-adik. Jika gagal mengawal dan mengurus diri, bagaimana kehidupan setahun di matrikulasi. Dipertemukan dengan seorang adik dari Terengganu yang background hampir sama iaitu tidak pernah duduk asrama dan anak sulung. Adik ni homesick sebenarnya. yang mampu dipesan adalah kuatkan diri kerana kita di KMP untuk keluarga, Jangan putus asa. Perpindahan pelajar perempuan dari Blok B3 ke Blok C1. Kini, Kluster C bukan lagi hak mutlak pelajar lelaki. Latihan kebakaran tiada yang rentung teruk. Semuanya masih selamat.

14 Mei 2010 hari terakhir MPPB. Majlis ikrar diadakan beserta gimik sambutan Hari Guru. Airmata mengalir disaat gimik memotong kek dan nyanyian buat kali terakhir untuk tahun ini menyanyikan lagu KMP di dalam DSK. Setiap bait dihayati. Benarlah KMP adalah Keimanan Menjana Perubahan.

~ Kisah ringkas sepanjang MPPB 10/11(tak boleh nak nukilkan semua disini, terlalu banyak manisnya untuk dicoret, biarlah disimpan dalam hati)....sajak di bawah khas untuk AJKO 10/11~

KISAH KITA

Disini lahirnya sebuah cinta
Antara kita tidak baru bersua
Huluran senyuman pengenalan
Huluran tangan bergerak kerja
Huluran kasih sayang pengubat keletihan

Semalam kita berkenalan
Hari ini jalankan tugas demi KMP
Esok perpisahan sejenak dalam kehidupan

Maaf jika diri ini tak sempurna
Maaf kerna tutur, perbuatan yang menyakitkan
Maaf mengundurkan diri untuk kali ini

Rindu yang terbit itu lumrah
Pertemukan kami kerna rindu ini
Rindu yang menjengah kerna kami generasi KMP

~ salam rindu MISTERI MIMPI SYAKILA ~