Khamis, Oktober 23, 2008

Antara 2 Cinta? Manakah pilihan kita?

Assalammualaikum..ana pun dh lama x post...
Dh lama jugak ana attend kuliah Ilmu PMIUM bertajuk Antara 2 Cinta disampaikan oleh Ustaz Hasrizal@pemilik blogger Saifulislam.com

Byk input yg ana dpt n insyaALLAH sama2 kita hayati n cuba amalkan....

Bukti cinta kepada Allah s.w.t.
Maksudnya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Cinta pada ILLAHI bukanlah satu lakaran puisi indah ataupun ALLAH hanya dicari di saat utk melepaskan kesedihan setelah kecewa dgn cinta pada hambaNYA. Dikatakan bahawa cinta mempunyai kuasanya tersendiri. Manusia mampu lakukan sesuatu dgn kuasa cinta. Oleh itu, hati2 lah memberi dan menerima cinta. Dakwah juga perlu dibawa bersama dgn cinta dan kasih pada semua.

Perasaan cinta perlu dtg bersama dgn harapan, masa depan dan cita2. Perasaan cinta utk seronok2 tu adlah utk dapat perhatian semata-mata.



Setelah hampir 30 minit, masuklah bab perkahwinan....satu kata2 yg ana pegang dan fahamkan diri sendiri dr Ustaz Hasrizal :

"Sibukkan diri dengan kerja dakwah dan kerja2 sbg pelajar sehingga sampai masa untuk mengubah dan melangkah ke episod perkahwinan"

Disampaikan bahawa perkahwinan melengkapkan separuh dari iman. Perkahwinan adlh menerima dan memberi antara 2 manusia. diingatkan juga, medan pertama sebelum medan utama adalah KELUARGA. Perkahwinan itu mengajar proses pembentukkan manusia (tarbiyyah=seni membentuk manusia).

Bila dikatakan Cinta vs Nafsu. ramai jugak mahasiswi kini yg menjadikan alasan utk elak zina, jln penyelesaiannya adlh kahwin. Perkahwinan ni adlh pakej cinta bersama tanggungjawab. Kalau hidup terumbang-ambing, jgn mimpi di siang hari. Tanggungjawab selepas berkahwin itu lebih berat dari perjuangan untuk mencegah diri dari ZINA.

Dalam institusi kekeluargaan, ibubapa adalah cinta pertama dan guru pertama dlm hidup kita. Kasih sayang pada anak2 adlh disamakan dgn memberi perhatian. Kanak2 suka lakukan apa sahaja utk mendapat perhatian. Kisah menarik dr Ustaz Hasrizal mengenai anak beliau. Kata Ustaz,bila anak2 buat bising(dlm keadaan terkawal) jgn ditegur atau hiraukan...bak kata org kedah, bt 'derk' ja. Tapi bila anak2 bersikap baik dan sopan, puji dan beri perhatian. Ianya satu psikologi perhatian kasih syg yg menarik utk diketahui.

Diselitkan juga ttg perbezaan antara kaum Adam dan kaum Hawa ni. Dikatakan pengaduan masalah dari seorang wanita itu lebih kepada untuk meraih perhatian,bukanlah utk menyelesaikan masalah. Manakala pengaduan masalah dari seorang lelaki itu lebih kepada untuk cadangan menyelesaikan masalah. Dicadangkan oleh Ustaz hasrizal pada mana2 lelaki yg susah nak memahami kaum Hawa ini, bacalah buku Mens From Mars, Womes from Venus.

Berhatilah-hatilah apabila sesebuah perkahwinan itu berlaku di atas sebab cinta tanpa tanggungjwab dan tanggungjwab tanpa cinta. Dikhuatiri akan berlaku kepincangan dan salah faham di dalam rumahtangga tersebut.

Percaya pada ALLAH, peduli pada ALLAH, maka kita akan percaya membina kepercayaan dlm perkahwinan.

Inilah jawapan kepada persoalan tajuk ana diatas : "Tidak ada pertembungan cinta ILLAHI dan cinta manusia"

~bt tatapan yg tidak dpt hadir kuliah Ilmu PMIUM tersebut~

5 ulasan:

sHi berkata...

"Sibukkan diri dengan kerja dakwah dan kerja2 sbg pelajar sehingga sampai masa untuk mengubah dan melangkah ke episod perkahwinan"

akak suka dengan kata2 ni..sangat. kerana bila dh masuk alam perkahwinan, bertambah berat urusan dakwah kita. itu la pentingnya memiliki pasangan yang sefikrah dengan kita agar sama2 berlumba mencari keredhaanNya.

syukran jazilan, akak tak sempat pegi hari tu. byk yg Ustaz Hasrizal cite lebih kurang dlm buku Aku Terima Nikahnya tu kan. =)

sya_ais berkata...

to kak shi....

mmg pnting mencari pasangan yg memahami..lg bagus klau sama jemaah..

x per...kita gilir2 la..klau da yg sy x sempat p kuliah ilmu, akak top up kat blog akak ya..klau da yg sy p, insyaALLAH sy top up kat blog sy...

sya_ais berkata...

to syakur...

alhamdulillah...pa2 pn nti klau dh nk mkn nasi minayk tu jgn lupa bgtau ana ya....dekat je SP dgn kodiang...

sHi berkata...

btul3 !! insyaAllah, sharing is caring, we share the knowledge, we share the deeds, we share the rewards by Allah together. insyaALLAH. =)

sHi berkata...

oh ye, bercakap pasal jemaah ni kan syakila..syakila tahu akak masuk usrah kan. tapi usrah akak ialah under jemaah islam. maksudnya, tiada jemaah yg specific. kite semua ada dlm jemaah yg sama iaitu jemaah islam. =)