Khamis, Januari 29, 2009

Kesepian yang akhirnya terjawab juga..

Alhamdulillah tempat ketiga di dalam pertandingan forum

~Kempen di 4th~

~ Belon yg mmg x nak naik sbb karbon dioksida kn~


Assalammualaikum.......alhamdulillah akhirnya ana diberi kesempatan dan kelapangan minda untuk meneruskan blog yang tak seberapa ini....

Hidup di Uni perdana ini mengajar ana untuk lebih menghargai setiap perkara dan setiap hari rasa syukur terhadap ALLAH itu semakin bertambah....

Semakin banyak derai air mata ini mengalir......semakin banyak kemudahan, ketenangan, nikmat, kasih sayang dan lain-lain yang ALLAH berikan pada ana. Seperti yang ana pernah ceritakan, ana memang seorang yang kuat menangis sehingga sepanjang tempoh Pilihanraya Kampus ana menangis setiap hari mengalahkan calon mahupun wakil calon yang bertanding mengharungi cabaran dan mehnah semasa berkempen....

Awal-awal tahun, ana merasakan ini adalah ujian yang paling berat ana terima dalam menguji kasih dan sayangnya ana pada ALLAH serta kasih dan sayangnya ana pada ukhwah yang terjalin kerana ALLAH...

Ana sendiri akui, ana tak sehebat diva serikandi Shah Rizul Ayuni yang menerima ujian lagi hebat dan ana kagumi ketabahan yang ada pada serikandi ini. Benarlah "ALLAH akan menguji hambaNYA dengan tahap kemampuan hambaNYA"

Dalam tempoh PRK juga, barulah ana benar-benar faham method "play safe" yang cuba ana kaji dan study selama menjadi s/u JTK.....ALLAH Maha Mengetahui, kenapa setiap hambaNYA bertindak play safe tetapi sedarlah wahai rakan-rakan yang masih di bawah kepompong play safe ini, jika kita masih bersikap play safe, mampukah kita mendaftar sebagai mujahid ataupun mujahidah ke Palestin?? ....ALLAHUAKBAR.....

Benar juga, orang yang membawa agama ALLAH ini tak akan di sambut dengan kalungan dan taburan bunga mawar berhampar karpet merah tetapi sekatan, kejian dan pelbagai cara untuk sabotaj dilakukan.....

Dalam tempoh PRK juga ana dapat lihat situasi orang yang meletakkan dunia di hatinya...Orang yang terlalu cintakan dunia...Ana menitiskan air mata di saat hari penamaan calon kerana mendengar kata-kata ini
"Jika dalam tempoh PRK ini, akak mati, akak mohon agar mati ini adalah mati syahid"
Lagi satu kata-kata nya juga " Jika perjuangan akak ini berakhir di penjara, akak rela"

YA ALLAH......jika di saat-saat itu, pemuda dan pemudi di Palestin berjuang sehingga ke titisan darah pertarungkan nyawa, redhakanlah perjuangan pemuda dan pemudi di Uni Perdana ini yang diuji hatinya.....

Pelbagai perkara yang terjadi sehingga ana sendiri tak mampu untuk meluahkan...Di dalam situasi PRK, ana juga dapat melihat, siapakah sahabat seperjuangan dan siapakah yang terlalu cintakan dunia, harta dan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja....

Ana seorang insan yang kerdil...Selagi ana diberi kekuatan dan insyaALLAH akan terus diberi kekuatan untuk bersabar dengan keadaan yang ana alami ini...

~YA ALLAH, aku bersyukur di atas kurniaan yang paling berharga untuk diriku iaitu KAU kurniakan sahabat-sahabat seperjuangan dalam menempuhi ujian MU ini~

# Buat sahabat-sahabat, senior dan junior, akan ana jadikan ujian dan pengalaman yang telah kita lalui ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang kerana ALLAH......Akan ana pastikan jua, air mata yang mengalir ini bukanlah sia-sia dalam berjuang kerana ALLAH.....

Alhamdulillah bulan Januari semakin melabuhkan tirai dan syukur alhamdulillah kerana Januari ana tidak sia-sia begitu sahaja di atas sebab :

1.) Alhamdulillah dapat harungi cabaran berurusan dengan manusia untuk selesaikan tentang projek.

2.) Alhamdulillah makin banyak ujian dari ALLAH dan itu menunjukkan ALLAH sayang pada ana dan doa ana untuk ana kuatkan dan tabahkan hati ini makin termakbul

3.) Alahamdulillah Pro Mahasiswa menang di UM..moga salam perubahan akan dapat dilaksanakan...insyaALLAH..

4.) Ana bersama kawan-kawan yang lain berjaya memenangi tempat ke-3 di dalam forum Arena Diskusi Bestari....Alhamdulillah kerana ana berjaya improve soft skills ana..

Sekian sahaja untuk menutup tirai bulan Januari 2009...kita tutup jugak cerita PRK, biarlah ianya menjadi pengalaman bermakna dalam hidup kerana masih banyak lagi percaturan dan tanggungjawab sebagai JTK yang masih belum ana laksanakan...Semoga berjumpa lagi dalam entry Februari dengan izin ALLAH...wassalam...


*maaf jika entry ini agak emosional kerana masih lagi dlm mood PRK dan satu lagi berita sedih...ana akan khabarkan nanti

10 ulasan:

erul alambina berkata...

salam.

berita sedih?
ape dia?
erm,

qudwaH_Humaira' berkata...

Allahuakbar...

adikku,
ALLAH kurniakan hambaNya kefahaman dalam setiap gerak geri..
Dan manusia itu sentiasa bersikap ingin tahu dengan segala aspek kehidupan..
Fitrah kehidupan manusia sukakan kesenangan dan kebahagiaan..

Namun yakinlah,
bahawa ketenangan dan kehebatan rasa kebergantungan pada ALLAH itu indahnya tidak akan dapat terungkap dengan kata-kata.

Akak doakan adik akak kuat dalam setiap langkah yang diambil..
Semangat !!
Syakila boleh !!

sya_ais berkata...

arjuna jalanan :
sorry la..x dpt nak kongsi cita sedih nie..

qudwah humaira:
TQ kak yuni..benar indahnya rasa kebergantungan pada ALLAH itu....manis tak terhingga..

nuwairahsafwa berkata...

salam..
syakila,ni 1st time kite bg komen kat blog syakila...
hehehe..
ni shikin...
hmm seronok dpt brjuang same2 kn??
hehehehe..
klu di ingat kan blek ape yg kite wat,jage mlm,jage tangga ke,jage pntu pagar ke...
hehehe...
xksahla...
kbenaran dh trbukti...
trase ukhwah n persaudaraan di kalangan kite..
yg kite xpernah rapat pon jd rapat...
sonok knal k.manja ngan k.mas..
hehehe..
rase dkt ngan tuhan sbb sgala keje yg kite wat adlh untk dkwah n smpaikn ape yg bnar..
n last skali,kite mntk brserah kpdNYA..
ALLAH maha hebat..
sgala ape yg kite nk,cm nk edar kertas,dpt gak w'pon last minit..
hehehe...
ALLAHUAKBAR...
k lpas ni,klu rase sdih or down,meh la kite bncg same2..
rmai di blkg syakila...
jgn sedih sorg2 k..
SEMANGAT!!!

sya_ais berkata...

nuwairahsafwa:

salam..tahu nie shikin...hehhehe
tq coz bg comment kat blog nie...
mmg benar..rasa sgt kemanisan ukhwah kita semua dlm perjuangan...itulah dinamakan ukhwah kerana ALLAH...

mmg pengalaman yg berharga sgt masa PRK...ok..klau pas nie syakila sedih, nk jumpa n nangis kat ekin byk2 la..hehhehe

Head Shot berkata...

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

albaqarah:137

Zinnirah berkata...

salam'alaik syakila....
alhmdulillah... i'm speechless... tlalu bnyk yg ingn dperkatakn nmun xmmpu ku taipkan sgl2nya disini....
salam sayang + windu bangat.....

sya_ais berkata...

nabila..rindu bangat sama kamu...

x per..insyaALLAH kita jumpa nanti ya...masanya x dpt nak tetapkn sbb sy pun bz dan sy pasti ang pun bz kn...

erul alambina berkata...

salam~

bla nk update blog ag ni?
hehehe`

Anne berkata...

salam..
waa. ono, lama x update.
ke mana kamo?

salam rindu.. =)