Selasa, Februari 24, 2009

isu dan isu dan isu....

assalammualaikum.......ana nak respon dan maklum ttg isu yang terbit di 4th ni...maklum la kolej panas..hahhaha

1. ISU RM125

isu dinner MAB berharga RM125...sbg salah seorang JTK, isu ini telah dikemukakan di peringkat meeting JIK dan jawapan yang diperolehi dari pihak pengurusan adalah:
1. Nak menjaga kebajikan pelajar..x kan nk bayar murah dan makan yg x sedap
2. Bayaran hotel adlh RM115 dan RM10 lagi adlh utk duit bas, kad dan doorgift
3. Kalau top up boleh beli, x kan bayaran dinner naik RM25 pn x mampu

Berpuas hatikah dengan jawapan tersebut?? Kalau ana mmg x puas ati tp sakit ati lagi kuat....Kalau isu ini terus-terusan diutarakan, nti dicop dan dilabel kurang ajar lagi


2. ISU Wireless Kolej ditamatkan perkhidmatan

Isu ini mmg x dpt nak disangkal lagi...pihak PTM telah byk melaburkan duit utk memasang di setiap aras....cuba dahulu menggunakan perkhidmatan wifi UM ini...jika ada sebarang masalah, sila lakukan complain di PTM sendiri atau hubungi ana sendiri utk ana lakukan complain...


3. ISU Penyelia lelaki@pegawai universiti masuk ke bilik semasa spot-check dilakukan


Ana pasti isu ini bukan sahaja menyebabkan ramai penghuni siswi panas dan tak senag duduk, malahan ramai penghuni siswa juga tertanya -tanya dengan tindakan yang dilakukan...
Ana sendiri tidak menyangkal atau cuba menghalang spot-check yang berlaku tetapi memohon perimbangan dan kerjasama dari pihak2 pegawai universiti lelaki agar tidak masuk ke bilik penghuni siswi bangi mengelakkan perkara yang berkaitan maruah terjadi....ini adalah utk kebaikan kedua-dua belah pihak.....Ternyata di dalam meeting JIK, pegawai2 ini cuba mempertahankan diri dan seolah-olah enggan mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan...
Alhamdulillah...memorandum telah dilakukan dan alhamdulillah juga telah dihantar oleh sahabat ana kepada TNC HEPA...diharapkan TNC HEPA ini tidak termakan dengan cerita yang telah disampaikan oleh pegawai universiti tersebut walaupun tindakan berjumpa awal2 pagi utk mempertahankan tindakan nya setelah meeting JIK dilakukan. Mengapa terjadi sebegini???
Jawablah sendiri jika pemikiran dikuasai dengan kuasa yang ada dan nak tunjuk siapa lebih berkuasa.....HANYA ALLAH YANG BERKUASA DI MUKA BUMI INI


4. ISU bumbung Blok C


Isu ini dikemukakan oleh pihak pengurusan di dalam meeting JIK.....walaupun diri ini menjadi sasaran utk dapatkan jawapan...alhamdulillah dpt menjawab juga...
Perjumpaan dengan semua penghuni blok A,B dan C telah dilakukan.....tapi seolah-olah JTK ni tak ambil berat langsung ttg isu ini...borang survey yang diberikan dibuat mcm sampah.....da juga JTK yang menolak tanggungjwab menyelesaikan survey pada JTK len....erm..
Da pulak tu JTK yang keluarkan statement mcm ni " Sya...sapa yang pegang borang2 tu? (x perlu disebut namanya disini) apa2 pun tah tahu" da lagi msgnya bila ana minta tlg utk kutip borang dan inform pada org 2 yang pegang borang ..dan ini jawapannya " Hai sya, sorry (org tersebut) tak kan msg diaorg...x adil utk (org tersbut) yang x tau apa2"....
Ana nak tekankan kat sini....tak tahu apa2 atau sengaja mmg tak nak ambik tahu....
Isu ini ana akan bawa ke peringkat lebih tinggi bersama borang survey yang ada di tangan ini sbb di peringkat JTK sendiri mmg x nak endahkan dah....


Itu saja isu yang ana nak respon buat masa ini....jika entry kali ini dikatakan ana kurang ajar atau menjaja amanah yang diberikan...sama2 lah yang membaca blog ini fikir-fikirkan....tunggu entry berikutnya ttg pengalaman menjadi fasilitator menguji diri....

persoalan utk pembaca blog : apa maksud kurang ajar??adakah bila kita cuba menjaga kebajikan pelajar dikatakan kurang ajar??apakah bila kita membawa isu dan suara pelajar dikatakan kurang ajar??apakah bila kita minta penjelasan ttg sesuatu hal dikatakan kurang ajar??

Sampai skrg tgh fikir "kurang ajar" yang setiap kali meeting diadakan pasti perkataan "kurang ajar" ini akan meniti di bibir2 mereka....

YA ALLAH berikanlah aku kekuatan......

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan berblOg ya...
best baca...
n kuatkan semangat menghadapi ujian..

erul alambina berkata...

salam~

lately,npe mcm2 sgt isu timbul kt 4th ni?
cian gk ak dgr kes2 hampa neyh.
hurm,xpe la...
ko kuatkn smgt..
try pk elok2.
n crik jalan utk solve kn sumer bnda2 yg ak rse kritikal
lg2 yg melibatkan maruah,moraliti n kewangan stdnt.
klo susah2,taun dpn tukar kolej la.
hg dok 12th lak.
hehehehehe~

syakila!
byk3 bersabar k.
ak pon ngh knal pasti mksud sbnr 'kurang ajar' tuu..
huuuuuu~

Unknown berkata...

sabar sabar

semua ni dugaan allah kat kita sbg umat nya

sya_ais berkata...

to pu3 balqis(my younger sis):
tq dik...miss u n family so much...


to arjuna jalanan:
tq friend....u r the best friend in my life...aku pindah 12th, ang kena cari bilik yg best2 la..jgn bg floor yg asyik2 x der air plak...


to abg asyraf faiz:
tq so much..sgt2 menghargai komen yg abg asyraf bg...insyaALLAH akan terus sabar..

Head Shot berkata...

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا (٦٣)
Ertinya:
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini

salam, sya.. ada orang berkata lidah itu lebih tajam daripada mata pisau. benar, kerana lidah datangnya bermacam-macam dosa dan perkara yang mampu menyakitkan hati. Namun, bagi ibadurrahman, mereka apabila diberi kata-kata yang sedemikian, mereka akan menjawab dengan jawapan sejahtera.

Kuatkan hati dan jagalah amanah..ingatlah apabila ditanya kelak di hadapan ALLAH pada yaumul-mahsyar,apakah jawapan selayaknya yang hendak kita jawab di hadapan ALLAH tentang amanah..

~memikirkan nasib di akhirat.

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Teruskan bersuara. Bersuara biar bergema...alang2 mencelop pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tp jgn pulak bermandi pekasam.

http://arrazzialhafiz.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

buat komen dan tengahkan isu,kadang kala menyakitkan org lain.ingat dalam islam kita kena selesai sesuatu perkara adil dan boleh memihak mana-mana.kalau boleh ikut perpatah lama,tarik rambut dalam,rambut x putus tepung tak rosak. dan jangan selalu cari salah dah hebahkan,ini x bermaruah jadi.

Mohd Nur Ikhmal B. Salehmin berkata...

assalamualaikum..pasal isu 125 rgt..sy tau sape dalangnye yg mempertahankan harga 125 rgt ni..tak lain tak bukan en syed..die mesti mempertahankan ape yg diputuskan oleh nye..hilang respect aku kat die..mmg lah sume org boleh bli top up.dah itu keperluan..dah tau hotel legend charge 115.. p la hotel lain..alternatif lain tak de ke.ingat mkn kat hotel tu keperluan sgt ke.. dah lah tak sedap...ikut kepala otak die je..