Sabtu, September 19, 2009

Susah sangat ka nak rapatkan??

Assalammualaikum...
Dah jual kuihraya...maksudnya raya pun dah dekat...InsyaALLAH raya tahun ni di rumah di Sungai Petani (ala...tiap2 tahun sebelum ni pun raya kat Sg Petani juga....)Ayat jer....

Bila ramadhan, akan solat terawih kat masjid depan rumah...Bila solat kat situ mesti teringat arwah maktok. Arwah selalu ke masjid depan rumah ana walaupun surau kat rumah arwah sebenarnya lagi dekat...Katanya seronok dengar Ustaz Ali jadi imam...

Bila bercakap tentang terawih kat masjid depan rumah, teringat la juga pada awal ramadhan tahun ni, ana terawih kat masjid.....Al-kisahnya adalah berkaitan dengan rapatkan............
HA????rapatkan apa??rapatkan hati ka??
RAPATKAN SAF.....
Pernah juga kena marah semata-mata kerana nak rapatkan. Pelik juga time tu kan...
Meh la, kita kongsi tips-tips tentang rapatkan....

Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.

2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.

3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Nanti bila dah masuk 1 syawal lagi la terutamanya semasa nak mengerjakan solat sunat hari raya.....masa tu, kesian sangat pada jemaah di belakang yang sampai ke jalanraya, sedangkan masih banyak kelompongan dan jarak walaupun setengah depa di saf-saf barisan hadapan....Kasih dan kasihan kanlah saudara seislam kita di saf belakang ya....

Mungkin ada yang tak menganggap pentingnya merapatkan saf. Oleh yang demikian, kita yang sedia maklum harap-harapnya mampu sampaikan pada yang kurang tahu..."Sampaikanlah walaupun satu ayat"

Antara hikmahnya merapatkan saf adalah :


1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong"

Orang yang kurang berkemampuan dan sederhana hidupnya bersolat bersebelahan dan bersentuhan bahu dengan orang yang kaya, berpangkat datuk-datuk mahupun tan sri tan sri. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

Hebatnya ALLAH tidak membezakan hambaNYA dengan pangkat, nama dan harta ketika solat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).


Mungkin boleh juga diberikan tazkirah ringkas berkaitan merapatkan saf pada jemaah sebelum menunaikan solat sunat hari raya seperti setiap tahun dilakukan oleh Ustaz Ali(Imam di kampung ana)

Mungkin ada yang tidak selesa kerana panas tapi ingatlah, panas di akhirat akan lebih dahsyat...peringatan untuk diri sendiri juga....

Post raya nantikan yer....sebab belum betul-betul rasa nak raya lagi...masih mood ramadhan


ini kad raya dari ustaz lutfi, kak najwa n waseem yang comel

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amaln y baek..tp bnyknya hny bicara pada saf lelaki..x bnyk dibhskan dalm kitab muktabr mslh kdkn saf wnta.& msh rmi y keliru..kddkn y sgt b'bza deng saf llki..mnjd kontroversi seblik tabir wanita.sabda nb:
خير الصفوف للرجال ألها وشرها أخرها
وخير الصفوف للنساء أخرها وشرها أولها
(sjnak p'kgsian:udg goreng)wa2

sya_ais berkata...

to tanpa nama:

iya2..benar...sebabnya wanita merapatkan kaki ketika solat...tetapi bahu masih boleh dirapatkan..memang susah nak mencari tentang penyelesaian da panduan rapatkan saf untuk wanita....
tapi bg ana, berusaha untuk rapatkan saf itu kan lebih baik dan insyaALLAH da banyak hikmahnya kan..