Sabtu, Februari 20, 2010

Warkah Cinta Berbau Syurga

~ cover lama ~

Assalammualaikum……

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Petikan synopsis dari novel pertama keluaran PTS yang pertama dimiliki oleh diri ini….

Jalan ceritanya adalah lebih santai tetapi memberi maksud yang mendalam pada diri ini. Tiga watak utama iaitu Amir Mukhlis, Wardah dan Balqis.... Tetapi watak yang lebih menyerlah adalah Amir Mukhlis dan Wardah....

Pasti ramai yang ingin seperti Wardah, memendam cinta pada Amir Mukhlis sehingga akhir hayat tapi pasti jua yang menyatakan kebodohan Amir Mukhlis membunuh Wardah....

Pilihan terletak pada diri sendiri...tafsiran pada pengajaran cerita juga terletak pada diri sendiri kerna kini kita bukan lagi di bangku sekolah apabila membaca novel Aku Anak Timur mahupun novel Julia, setiap babak dan bait-bait ayat ditafsir di dalam kelas. Satu persatu nilai dan pengajaran di kupas.

Balqis.....Watak yang muncul di bangku sekolah kemudian rentetan ke Kaherah, Mesir. Sering kali menjadi watak di selamatkan oleh Amir Mukhlis. Watak yang lembut dan tiada ketegasan dalam personaliti. Kelihatan lebih sabar.

Wardah......Watak dari bangku sekolah kemudian ke alam perkahwinan sehingga ke akhir hayatnya diceritakan. Mencintai Amir Mukhlis sehingga cuba mendapatkan kepastian dari Amir Mukhlis. Tindakan yang berani menyatakan hasrat hati kepada Amir Mukhlis. Bersikap lebih gopoh berbanding Amir Mukhlis. Satu kelemahan dalam diri Wardah apabila gagal bersikap tegas pada diri sendiri tetapi sering tegas terhadap Amir Mukhlis untuk mendapatkan jawapan.

Amir Mukhlis......Watak sejak dari bangku sekolah, sehingga ke Kaherah dan akhirnya pulang ke Malaysia bagi merawat penyakit yang dihidapi. Wujud penegasan dalam diri Amir Mukhlis. Dapat juga dilihat matlamat yang dibina berjaya dicapai. Prinsip yang dipegang juga tidak roboh dengan mudah apabila digoda dan dirayu oleh Wardah mahupun Balqis.

Jika ditanya, mengapa buku ini memberi kesan yang mendalam, bukan diri ini bermimpi untuk menjadi seperti Wardah yang setia ke akhir hayat tetapi prinsip dan penegasan Amir Mukhlis yang lebih dikagumi dan sering dicari-cari dalam diri. Sikap tidak mahu mempermainkan hati dan perasaan orang lain yang wujud pada diri Amir Mukhlis dan sikap tidak mahu bermain dengan benda yang tidak pasti.

Iya....jujurnya setiap kali membaca buku ini, pasti hati akan merintih sedih....cuba muhasabah diri tentang betapa kasih dan cinta terhadap ALLAH, perjuangan dan ilmu itu lebih tinggi.......Lebih merintih disaat membaca warkah Wardah buat Amir Mukhlis jua...ada kenangannya

Ulasan ini hanyalah sekadar pandangan yang telah membaca novel ini sejak tahun 2008. Ini hanyalah pandangan peribadi.


~ cover baru ~

6 ulasan:

ユ ユ 江角 berkata...

salam..huhu yuyu suka buku ni...dah beberapa kali ulang bace..seronok bace..selain buku ni yu ade juga bace buku" kitab cinta yusf dan zulaikha"{..huhu best gak..hehe..

fatin nasibah berkata...

salam..
sy pun penah baca buku ni w'pun separuh..
perasaan awak same ngn sy..
huhu..

hany.hss berkata...

syakila,,kite pun suke novel nihh..dah byk kali ulg bace huhu..best2

Unknown berkata...

Best cite ni kt tv alhijrah

Izween Soffia berkata...

Assalamualaikum...saye pun setuju dgn semua pendapat yg diberikan...novel dan cerita ni memang TERBAIK!!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Saya jg pernah baca buku ini. Yer, agak menarik. Cuba saudari baca pula novel karya Zaharah Muhammad seperti Mencari Kekasih, Kerana Kau LelakiKu dan beberapa buah lagi.Pasti ada yg berbeza bila membacanya.Ada sesuatu yg blh diambil sbg ingatan,pedoman,panduan dan juga motivasi.Tapi,jgn "sesekali" terpedaya dgn tajuk pd kulitnya kerana ada "sesuatu" yg lain di dlmnya.Bacalah :)