Ahad, April 26, 2009

Berterus teranglah

Assalammualaikum.....

mungkin entry ini lewat berbanding perkembangan makanan setiap hari yang telah berlaku di 4th

Untuk makluman warga Kolej Kediaman Bestari, bertepatan dengan bayaran sebanyak RM3.50 sehari untuk mendapat makanan sebanyak tiga kali iaitu sarapan, lunch dan dinner, beberapa pengubahan menu telah berlaku bermula minggu ini dan insyaALLAH akan diaplikasikan di dalam semester hadapan.

RM3.50 sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung kos makanan sebanyak tiga kali ini.....
Oleh yang demikian, menu yang sebelum ini telah menyebabkan kolej berlaku defisit...
Defisit ini masih tetap akan berlaku tetapi dengan mengambil beberapa langkah, kolej akan mampu mengurangkan kadar defisit. RM3.50 ini hanyalah meliputi harga kos bahan mentah utama masakan seperti ayam, ikan, daging, telur, sayur dan lain-lain. RM3.50 ini tak termasuk membayar gaji pekerja dan bahan-bahan sampingan seperti minyak, gas, kicap, garam, gula, ajinomoto dan beberapa bahan lain.

Mungkin masih ada yang kabur-kabur tentang defisit. Defisit adalah apabila kita berbelanja melebihi pendapatan yang kita ada. Dalam keadaan kolej, defisit ini akan dibayar oleh pihak universiti mewakili kolej tetapi kolej perlu membayar semula pada masa hadapan jika mempunyai lebihan pendapatan(kiranya kolej berhutang dengan universiti)....Jika setiap tahun kita defisit, bila masa kita nak bayar balik...
Nanti kesian adik-adik masa hadapan terpaksa menanggung derita kerana perlu membantu kolej membayar hutang pada universiti...

Menurut jangkaan, pada tahun ini,jumlah defisit akan meningkat kepada RM500,000...
Beberapa langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan jumlah defisit ini adalah:
1.) Berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik. Biasakan diri menutup suis lampu dan kipas apabila tidak digunakan.
2.) Berkerjasama dengan pihak kolej agar tidak membawa barang-barang elektrik yang berkapasiti elektrik yang tinggi. Ia bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan elektirk malah mampu untuk meyebabkan masalah di sistem utama elektirk setiap aras(maklumlah, kolej kita kan dah lama). Jika berlaku kerosakan dan masalah pada sistem utama kos penyelenggaraan akan meningkat.
3.) Gunalah barang-barang dan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Contohnya tandas. Berhemah dan cermat semasa penggunaan tandas.
4.) Jimatkan penggunaan air.
5.) Membekalkan makanan dengan kadar RM3.50 yang telah ditetapkan.

Saya tahu kita telah membayar untuk menginap di kolej ini, tetapi bukankah kebanyakkan langkah yang saya nyatakan di atas kita sentiasa amalkan di rumah? Kita mampu lakukan sesuatu walupun ianya sekecil-kecil tindakan

Ini hanyalah makluman pada warga kolej, jika ada yang ingin menjadikan amalan, silakan (taffadol)...kalau ada yang nak membantah pun tak mengapa...itukan hak masing-masing...

.............................................................

Sebenarnya tajuk di atas tu bukan da kaitan pun dengan kes makanan tu....

Saya pohon pada seseorang itu yang mempunyai jawatan penting dalam organisasi pelajar untuk berjumpa bersemuka dengan saya dalam menghadapi krisis dan masalah yang berlaku antara kita...
Saya pohon pada individu tersebut untuk tidak terus menabur tuduhan dan mencanang pada adik-adik junior sesuatu yang tidak pasti...
Saya punya tahap kesabaran, jangan sampai individu tersebut malu suatu hari ini...
Apa salah saya sehingga tidak berani bersemuka, adakah anda takut pada kebenaran yang akan keluar dari mulut saya....
Ataupun setelah 3 tahun belajar tentang kepimpinan, anda masih tidak boleh terima kritikan orang lain...
Saya mendiamkan diri demi menjaga maruah anda sebagai pemimpin saya, tapi jangan diuji ataupun dicabar lagi manusia ini kerana saya juga ada hati dan perasaan....
Mengapa sukar untuk anda akui kesalahan sendiri tetapi sering meletakkan kesalahan pada orang lain....
Kalau anda melebihi limit, saya akan berjumpa untuk menghitung segalanya dan menuntut pembelaan tapi jika sabar ini tetap berada dalam diri dan masih menghormati anda sebagai manusia dan hambaNYA, saya menuntut perhitungan dan pembelaan di Hari Pembalasan....
Berhenti bersikap "play safe"....dunia luar yang bakal anda hadapi lebih mencabar.....Anda akan dikritik dan disakiti nanti...
lebih baik dikritik sahabat dan kawan-kawan dari dikritik oleh musuh....

Sekian sahaja coretan dari saya.....Kalau ada yang terasa tentang coretan ini, silakan........tiada halangan....



~buat sahabat-sahabat yang dikasihi~
~terima kasih, hanya ALLAH mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian~

7 ulasan:

Unknown berkata...

syakila !!!

minta a sesiapa yg berkenaaan tampal notis.

bukan stakat kat ofis aja, buat a notis kat semua floor.

rasa benda ni ni perlu di-eksplanasi dengan sebaik nya.

sebab ramai yang tak tau apa masalah nya dengan kewangan kolej. maybe tue sebab ramai yg complain.

adai kata kalau ramau yg masih complaint selepas penjelasan di beri, adalah lebih baik bagi mereka-mereka ini pula diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada organisasi pentadbiran.

dan kalau mereka ini tak berminat serta tetap terus complain, adalah patut untuk mereka ini keluar aja dari kolej & mencari kemudahan penginapan yg sesuah dengan jiwa mereka agar tak timbul lg masalah complian ini.

sya_ais berkata...

to asyraf faiz matahari :

insyaALLAH akan dibincangkan bersama master..
tq 4 d suggestion....sebenarny dh tension dgn seeorang, tu yg x nk tlg dia dah tu bt tampal2 notis ni...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cik syakila isma...ana sokong anti.
Org tu pengecut,tgk lah blog pn dia dah delete.
Ntah apa la yang dia nak smpai dok melobi budak2 junior..
Dia takut pada bayangan dia...
dia hanya berani kerana org dok blkg...bkn berani kerana kebenaran.
Blh tgk la...dia yg bermasalah...
Bekas2 pengerusi JKP dh dinafikn hak bersuara...bila bersuara n kritik,jd la mcm shbt kita yg sebilik dgn dia..
Dia memamng seorg yg x blh terima kritikan n rasa dia je sempurna....

Head Shot berkata...

salam..antara cara nak kurangkan defisit ini ialah dengan mengurangkan projek penghuni kolej dan projek pembinaan (jika ada)yang tidak membawa pulangan besar. Kesal dengan projek MAB yang beribu-ribu ringgit hangus hanya untuk satu malam sebagai contoh.

Apapun, semangat untuk syakila untuk terus berjaya!

bidadaribesi berkata...

to adik akak...
Kesiannya adik akak....
Banyak masalah lagi rupanya...
Moga nusroh Allah bersama kamu...

Firman Allah:
" Allah sentiasa bersama orang yang membawa kebenaran"...akak xingat surah apa ...huhu...

Moga Allah tabahkan hati kamu lagi dik...
Akak trase xlayak tuk bg nasihat tuk kamu... (sbb kamu kenal akak mcm mane kot...)
tp satu je,...
mungkin selepas belajar kehidupan selepas keluar 4th...
Jangan terlalu membenci ye....
Xpe, kalau org sakitkan kita, kita balas dgn baik, dengan harapan Allah bgi hidayah padanya...
Moga dengan kesabaran awak, Allah balas ganjaran pahala n ampunkan dosa-dosa...
Alangkah indahnya kalau kita boleh bersikap macam junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang sangat penyabar dan baik hati...
& antara modul PEMIMPIN yang paling unggul, sama2 kita jadikan teladan(khas buat sahabat yang menyakiti hati adik saya ni...)
Setakat ni saje....

Rajin adik akak ni update blog dia, teruskan menulis untuk sebarkan dakwah & informasi....

p/s: Jangan lupa study tuk final.... Moga2 kita dapat jadi Islamic Professional dlm bidang kita (finance/audit/tax/account dll)...

syg dik syakila....kak niza

Tanpa Nama berkata...

ISh..3

bunyi org pengecut yg dikatakn itu spt org besar dlm kolej je.
dlm institusi JTk ye kak..

hmmm...
Presiden JTK kesygn junior ea..?

huhu..
surat2 lantikan pengarah projek pon die x amik kesah..ada surat tue berminggu2 kt ofis..
(u/p:JUNAIDI tlg edarkan)

die skang wat apola..

itulah die presiden lantikan pentadbiran..
bukannya lantikan pelajar..

BUTA MATA..???...
BUTA HATI sapa yg tahu..

kekanDa13 berkata...

sahabat itu nasihat.."jadilah seperti pokok..dibaling dengan batu, dibalas denga buah yang manis..sabar itu buahnya manis.." mahu ikut Rasulullah dengan kata2 memang senang..tapi buatlah dan buktikan...bertindak seperti orang berfikir dan berfikir sebelum bertindak..untukmu adikku sayang...tabahlah wahai hati..ada sesuatu Allah berikan kepada kamu saat gawat begini..agar kekuatanmu makin meninngi menempuh dugaan kemudian hari..Dia hanyalah salah satu ujian untukmu dari Ilahi..sabar ya sayang..(n_n)