- As Syahid Syed Qutb-
Alhamdulillah kini telah masuk tahun ke-4 berada di bumi UM….Setiausaha sangat sinonim dengan diri ini….Inilah takdir dari ALLAH dan sebagai hambaNYA belajar redha menerima taklifan yang diberi. Sejak tahun pertama memegang jawatan Setiausaha Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan yang banyak mengajar penyedian
Naik tahun 2, diberi taklifan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Keempat (JTK KK4)…Semasa ini, banyak belajar bab-bab pengurusan organisasi. Bagaimana dapat mengawal setiausaha-setiausaha yang lebih dari 20 orang samada dari projek ataupun dari jawatankuasa kerja perkembangan di bawah struktur organisasi JTK…Belajar Planning, Organize, Leading dan Control (POLC)…itulah pengurusan sebenarnya….
Naik tahun 3, diberi taklifan sebagai setiausaha Festival Mahasiswi Universiti Malaya(FEMINA)…Masa ini, diri ini belajar aplikasi kesemua yang telah dipelajari sepanjang 2 tahun sebelumnya. Semasa ini, merasakan diri memberi komitmen dan performance yang 100%. Kenangan indah dalam mengaplikasi apa yang telah dibelajar.
Naik tahun 4, terlibat sebagai Setiausaha Kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Kini, performance perlu ditambah 200%....Fokus kerja kena lebih mantap….
Setiausaha bukan hanya bermain dalam ruang lingkup tugasan membuat
Mungkin diri saya bertuah kerana subjek-subjek di dalam jurusan perakaunan yang di ambil kini banyak hubung kaitnya dengan PENGURUSAN seterusnya membantu dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai Setiausaha.
Tugasan sebagai Setiausaha adalah menjadi pengerusi mesyuarat, menjadi link antara semua pimpinan, sentiasa follow-up gerak kerja unit-unit dan memastikan unit melaksanakan apa yang dirancang. Kini ramai yang hebat dalam perancangan dan bercakap-cakap tentang apa yang ingin dilaksanakan tetapi sejauh mana ianya dilaksankan dan ianya DIKAWAL dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Tips terakhir sebagai Setiausaha yang baik adalah sentiasa TEPATI MASA bermesyuarat.
Seronok menjadi setiausaha dan zamannya juga akan berkahir satu hari nanti
p/s : kerinduan untuk menjadi Event Manager lagi.
5 ulasan:
fuh..
post ttg jawatan setiausaha..
hehe.. xleh bla!
selamat bekerja utk ISLAM =)
miss u more dear...~~(bila leh jumpa ni)
Baik pengiriman dan posting ini banyak membantu saya dalam assignement kuliah saya. Terima kasih Anda sebagai informasi Anda..
hebat pengalaman ustazah.. smoga menjadi murabbiton dlm kesetiausahaan.. ;-)
Tanpa nama : sama-sama...jika ada yang boleh saya bantu lagi, saya akan membantu
Catat Ulasan