
Saya ingin memaklumkan dan memohon agar warga Kolej Kediaman Keempat menyemak baki akaun yuran di laman web umisisweb

Kalau gambar ais kacang ni pun sedap jer kan....Harap2 bukan istidraj dari ALLAH untuk lalaikan ana dan tidak bersyukur...InsyaALLAH...Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.
Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]
Cantikkan mereka di atas ni...gambar ni nak tujukan utk my beloved younger sister....hehhehe...Gambar tak ada kaitan pun dengan ana ataupun adik ana sebenarnya






Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita.
- Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?
- Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
- Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
- Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
- Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?
Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…
Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.
Tetapi kamu terlupa.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.
Daei, jalan dakwah perlukan fokus. Perlukan kejelasan kepada apa yang ingin dicapai. Kerana foKus itu akan membuat kita tidak nampak halangan di sekeliling. Andai ia dirasai, ianya hanya sekadar satu permainan yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat. Halangan itu macam hiasan. Tak cantik kalau jalan dakwah ini lurus sahaja. Perlu ada bumpernya. Perlu ada selekohnya. Kadang-kadang kita terjumpa jalan mati. Tetapi kerana fokus itu mahu sampai ke destinasi tujuan, ah, pedulikanlah apa yang merintang
abah n mama time melawat adik kat Perlis
yang bertunang tu adalah yang pakai baju warna merah, yang lelaki tu bukan tunangnyer ya, tu adik ana
Assalammualaikum…..bila cuti ja ana pun menonton televisyen…dah mmg ni favourite time cuti jugak ni…pada 5 disember 2008 pada pukul 12 tghmalam,tergarak pulak hati nak tgk cerita bertajuk Inside Islam…mula-mula mcm best jugak sebab cerita ttg perkahwinan tapi bila dah lama tu, rasa mcm penerbitnya mahupun wartawan kurang membuat kajian ttg Islam itu sendiri…sedihnya bila di dalam Inside Islam ini dianggap Islam itu liberal…Islam ini sama seperti agama2 lain….
“Di Kaherah, Mesir…Majlis Subua…makin goncang bayi, makin bertenaga..ibu langkah bayi tujuh kali utk panjangkn umur bayi….ambil gram dan beras dr bawah bayi dan tabor sekeliling bersama kata2 sakti…”
Ini adalah beberapa petikan kata2 yang disampaikan oleh wartawan tersebut….Jelaslah ini adalah adat bukannya suatu tradisi keagamaan yang dilaksanakan oleh umat ISLAM…
“Di Maghribi, perkahwinan yg terdapat percampuran” (sama sekali bukanlah sebenarnya ISLAM yang sepatutnya majlis perkahwinan di asingkan tempat lelaki dan perempuan sehinggakan diletakkan tirai)….
“Sehari sebelum majlis, diadakan keraian yg da unsur tarian campur lelaki dan perempuan.”
“setiap muslim wanita yg berkahwin akan dibayangi oleh suaminya”…
“Perempuan diraikan spt permaisuri pd majlis perkahwinanny kerana hari itu shj diraikan selepas dan sebelum tidak”…
“Sepanjang malam hanya minum, makan dan menari di majlis perkahwinan”
“Lelaki mendominasi kehidupan..semua hak harta pada lelaki”
”Berkhatan dikatakan detik menakutkan”
”Berkhatan paling mengerikan dan menakutkan”
Sinopsis Inside Islam….”Berkelana ke berbagai Negara Muslim di dunia dan melihat bagaimana ajaran Islam meresap ke kehidupan masyarakatnya”
Mungkin ada sahabat2 di sini yang dpt merungkai persoalamn yang bermain di fikiran ana ni...Sedih....Sedih bila terjadi begini...Yang pelik tu, bagaimana boleh diluluskan untuk dipertontonkan....
Maaf kalau ada yang salah....Tegur-tegurlah...Wassalam..