Isnin, April 26, 2010

Telah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

. Semoga kita beroleh keinsafan dari kisah ini.

p/s : sekadar pengisian semasa musim peperiksaan

Khamis, Mac 11, 2010

Campurkan....ringkaskan

Assalammualaikum…..Masa berlalu semakin cepat..mungkin diri ini sahaja yang merasakan ianya cepat…Orang yang mempunyai masa adalah orang yang paling sibuk….Benarkah???


“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

As saff Ayat 4


Fokus…

Itu yang diimpikan

Namun, lumrah..

Kehidupan tak akan sedap tanpa perlbagai rasa

Rasa manis semua suka

Rasa masam ada juga suka

Rasa tawar terbit jua

Rasa pahit sinonim ubat

Apa rasa hati ini???


Tergamak seorang manusia dewasa yang matang fikiran yang telah ada pengalaman hidupnya yang telah tempuhi pelbagai masalah dunia dan mampu harunginya MEMBUNUH seorang kanak-kanak yang masih belum kenal erti kehidupan……

Dimana perginya rasa kemanusian, rasa belas kasihan, rasa KASIH SAYANG kepada manusia lain???


Jika dulu, ada ibu atau bapa yang mendera anak-anak, bila disemak latar belakang ibu atau bapa pasti kehidupan lampau diselubungi dengan sejarah hitam yang turut sama didera TAPI persoalannya, mengapa kita tak boleh berfikir POSITIF???…..mengapa tidak boleh BERLAPANG DADA??? Andai dulu kita pernah dikenakan, mengapa kita sanggup lakukan kepada orang lain atau perkataan yang mudah, BALAS DENDAM.


Sayang sekali, sikap berlapang dada kurang antara kita…KASIH kan seseorang kerana ALLAH bukan kerana NAFSU, maka berlapang dada dapat meredakan marah dapat mengawal tindak-tanduk


Alhamdulillah semakin bahagia, semakin merasa kemanisan kehidupan….Semakin dibiasakan dengan masalah yang datang dari ALLAH dan penyelesaiannya juga dari ALLAH


Akhir sekali, buat orang nun jauh di lembah nil, jangan tension2 ya..didoakan semoga cepat belajar ilmu dan memasak sekali...Tenangkan dapat melihat gambar kanak-kanak

Sabtu, Februari 20, 2010

Warkah Cinta Berbau Syurga

~ cover lama ~

Assalammualaikum……

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Petikan synopsis dari novel pertama keluaran PTS yang pertama dimiliki oleh diri ini….

Jalan ceritanya adalah lebih santai tetapi memberi maksud yang mendalam pada diri ini. Tiga watak utama iaitu Amir Mukhlis, Wardah dan Balqis.... Tetapi watak yang lebih menyerlah adalah Amir Mukhlis dan Wardah....

Pasti ramai yang ingin seperti Wardah, memendam cinta pada Amir Mukhlis sehingga akhir hayat tapi pasti jua yang menyatakan kebodohan Amir Mukhlis membunuh Wardah....

Pilihan terletak pada diri sendiri...tafsiran pada pengajaran cerita juga terletak pada diri sendiri kerna kini kita bukan lagi di bangku sekolah apabila membaca novel Aku Anak Timur mahupun novel Julia, setiap babak dan bait-bait ayat ditafsir di dalam kelas. Satu persatu nilai dan pengajaran di kupas.

Balqis.....Watak yang muncul di bangku sekolah kemudian rentetan ke Kaherah, Mesir. Sering kali menjadi watak di selamatkan oleh Amir Mukhlis. Watak yang lembut dan tiada ketegasan dalam personaliti. Kelihatan lebih sabar.

Wardah......Watak dari bangku sekolah kemudian ke alam perkahwinan sehingga ke akhir hayatnya diceritakan. Mencintai Amir Mukhlis sehingga cuba mendapatkan kepastian dari Amir Mukhlis. Tindakan yang berani menyatakan hasrat hati kepada Amir Mukhlis. Bersikap lebih gopoh berbanding Amir Mukhlis. Satu kelemahan dalam diri Wardah apabila gagal bersikap tegas pada diri sendiri tetapi sering tegas terhadap Amir Mukhlis untuk mendapatkan jawapan.

Amir Mukhlis......Watak sejak dari bangku sekolah, sehingga ke Kaherah dan akhirnya pulang ke Malaysia bagi merawat penyakit yang dihidapi. Wujud penegasan dalam diri Amir Mukhlis. Dapat juga dilihat matlamat yang dibina berjaya dicapai. Prinsip yang dipegang juga tidak roboh dengan mudah apabila digoda dan dirayu oleh Wardah mahupun Balqis.

Jika ditanya, mengapa buku ini memberi kesan yang mendalam, bukan diri ini bermimpi untuk menjadi seperti Wardah yang setia ke akhir hayat tetapi prinsip dan penegasan Amir Mukhlis yang lebih dikagumi dan sering dicari-cari dalam diri. Sikap tidak mahu mempermainkan hati dan perasaan orang lain yang wujud pada diri Amir Mukhlis dan sikap tidak mahu bermain dengan benda yang tidak pasti.

Iya....jujurnya setiap kali membaca buku ini, pasti hati akan merintih sedih....cuba muhasabah diri tentang betapa kasih dan cinta terhadap ALLAH, perjuangan dan ilmu itu lebih tinggi.......Lebih merintih disaat membaca warkah Wardah buat Amir Mukhlis jua...ada kenangannya

Ulasan ini hanyalah sekadar pandangan yang telah membaca novel ini sejak tahun 2008. Ini hanyalah pandangan peribadi.


~ cover baru ~

Jumaat, Februari 05, 2010

Semua ini mehnah dan tribulasi


Assalammualaikum…

4 Februari 2010..baru kini diri ini merasa sakit kehilangan orang yang disayangi…

Bukan kehilangan buat selama-lamanya tetapi kehilangan kerana hanya mampu melihat dia pergi ke dunia khayalan..dunia penuh kepura-puraan..dunia penuh dengan penipuan dan JAUH DARI ALLAH…


Sejak dari tingkatan 1 melihat dirinya membesar…mengasihi dia melebihi kasihkan adik-adik junior yang lain….Kasih dan saying yang ditatang sehingga melihat masuk ke matrikulasi akhirnya ke menara gading..


Tapi kasih yang dicurahkan terhenti jua….

Jalan yang dipilih olehmu dik, itu semua penipuan jua..semuanya adalah palsu

Akak tak nak kehilangan awak dari dunia ini...Sesungguhnya akak hanya mampu berusaha tetapi awaklah yang memilih dan meggerakkan diri sendiri untuk memilih yang yang benar.....

Jika awak memilih jalan itu, maka putuslah ukhwah antara adik dan akak yang terjalin sejak dari bangku sekolah lagi kerana akak tak sanggup melihat awak terus hanyut di hadapan akak...

Apa maksudnya menceritakan semuanya kepada akak???


Akak cuba untuk membantu tetapi kenapa bermain dengan perasaan dan takut dengan bayang-bayang awak sendiri? Perlukan masa bukanlah alasan yang munasabah bagi akak......


Benarlah...membawa ISLAM itu penuh dengan ujiannya....

Dakwah kepada orang perlu kesabaran....


Buat adikku,

Akak sayang adik...

Cepatlah balik ke jalan ALLAH...

Akak tak sanggup melihat adik terus hanyut dan pergi...


Hati juga terluka apabila sahabat mempertikaikan mengenai akidah....

Ahad, Disember 06, 2009

Critikal Thinking...

Assalammualaikum...
Selamat kembali ke kampus buat semua sahabat-sahabat..
Gelombang awal PRK telah bermula seiring dengan kuliah dan kelas tutor yang rancak pada minggu pertama.

Ana telah hadir ke kelas Critikal Thinking...banyak yang dipelajari walaupun baru minggu pertama..
Bak kata lecture, bila kita dengar saja perkataan Critikal, pasti kita fikirkan kemuncak ataupun sesuatu yang tinggi.
Yang peliknya, masa tu ana tak fikir pulak macam tu, ana lebih fikir pada Kritik...iaitu sesuatu yang negatif...bagi sesetengah orang, kritik adalah
negative...
Motif subjek
Critikal Thinking diajar di universiti adalah untuk mendidik students menjadi insan yang mampu menyelesaikan masalah apabila bekerja..
Critikal Thinking cuba menampal kelompongan dari sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang mendidik ke arah "What to think"
Walhal, alam pekerjaan memerlukan individu "How to think"....

Nampak seolah-olah simple, tapi cuba kita fahami betul-betul beza HOW dan WHAT tersebut...
Apabila kita cuba menganilisis dan mengkritik sesuatu isu mahupun
statement individu, kita perlulah bersikap rational, jangan nak ikut emosional saja...

Jadilah org yang
skeptical iaitu sentiasa bersoal jawab semula dalam mendapatkan kepastian dalam menerima hujah dan dan kata-kata orang lain..
jangan jadi orang yang
suspicious sehingga menerima bulat-bulat setiap statement dan kata-kata tanpa berhujah berkaitan fakta..

Keyword
nya...dalam Critikal Thinking, kenalah analyzed,assessed dan reconstructed..
Itula nak cerita kat sini, jangan suka-suka ja nak nilai orang lain ya....

akhir entry, terimalah picture sepanjang cuti dulu..dari majlis kahwin sampailah aktiviti masak-memasak...

~ majlis di Batu Pahat, Johor ~
~ majlis di Sungai Petani, Kedah ~~ tengok2 roti jala mesti ada...hidangan malam akad nikah ~

~ untuk orang nun di mesir sana~

~ abang masak-memasak...nyum2..sedap ooo ~

~ seronok buat roti nie ~

~ yang tiga segi tu abang buat untuk orang nun jauh di mesir jugak ~

~ x sah kalau tak ada muka budak nie ~

Rabu, Disember 02, 2009

Sahabatku

Assalammualaikum....
Agak lama menyepikan diri...ala, bukan buat apa pun yang tak update blog tu...
Hari ni tengok berita bercakap tentang isu di Parlimen...Isu yang menarik hati adalah tentang pendidikan

"KANDUNGAN BUKU TEKS TIDAK MERANGSANG DAN MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI SUBJEK YANG DIPELAJARI"

betul ka statement ni ya agak-agaknya??

Dulu zaman sekolah, ana adalah salah seorang yang agak rajin membeli buku-buku rujukan tambahan terutamanya subjek-subjek seperti kimia, biologi, fizik dan sejarah.
Jujurnya buku teks yang ana tak pernah sentuh adalah buku teks Prinsip Perakaunan...
Bukan tak sentuh sebab apa pun, sebab tak belajar kat sekolah kan...kat tuisyen pun Sir Subra tu tak pernah guna apa-apa pun buku, dia cuma bagi-bagi kertas ja..



Kalau kita teliti buku teks Sejarah, memang rasa nak lentok tidur ja kan??
Tapi isi kandungan dalam buku teks Sejarah tu memang padat cuma bila dibuat dalam bentuk karangan tu yang agak bosan untuk dibaca.


Eh, apa pulak kaitan buku teks dengan sahabat ni??
Bila cakap tentang buku teks, mesti ingat pada sekolah kan...
Bila ingat pada sekolah, mula la ingat tentang kawan-kawan dan seorang sahabat ini...

Nama diberi Anis binti Abd Rahim....simple kan nama dia...se simple orang nya juga..
Kami mula berkenalan sejak tadika KEMAS lagi...
Uniknya dia dan persahabatan kami adalah, tuan puteri ni dilahirkan pada 24 November 1988 iaitu sehari selepas ana lahir...
Alhamdulillah ana bersyukur dikurniakan sahabat seperti dia...
Sepanjang perjalanan hidup ini, dia banyak memberikan semangat pada ana...
Walaupun sekarang kami jauh terpisah kerana dia belajar di Institut Perguruan di Pulau Pinang dan ana pula di Kuala Lumpur,namun benarlah jarak tak memisahkan ukhwah yang terjalin ini...

Dia sering panggil ana "kakak" walaupun realiti dan fizikalnya, dia lagi tinggi dari ana...hehheheh....mesti ramai nak tau kan sapa la Cik Anis yang dceritakan ni...
Tak pun dulu masa sekolah ada juga orang panggil dia jepun n china sebab kulitnya putih dan mata sepet seolah-olah macam Jepun...
Ana tak mampu nak balas jasa baik Anis pada diri ini, semoga ALLAH yang mampu memberikan nikmat dan kurnianya pada Anis...Semoga redha ALLAH sentiasa bersama persahabatan ini...
Masih banyak kisah suka dan duka kami bersama sehingga tak terungkap

Last word, please don't cry..hehehhe...(tapi kalau dah nangis, masih boleh dimaafkan)
Nanti mesti Syerul jelaous pulak...ok2 nanti buat post tentang sorang lagi sahabat baik dari sekolah rendah sampai sekarang ini kitaorg study kat UM juga...

Sabtu, November 21, 2009

Berkata-kata

Kedegilan

Sukarnya memujuk hati ini

Biar berkali petunjuk diberikan

Hati masih inginkan ia


Terluka

Sibukkan diri dan hari

Kelompangan wujud pasti terluka lagi

Kenangan terus menjerut diri

Kedegilan fikiran melawan hati

Biar berkali terus diingati


Perubahan

Benarkah semua ini kerna ia?

Kerana hati inginkan ia

Fantasi sering direka-reka

Tak mungkin lagi ia direalitikan


Kebenaran

Sukarnya untuk ditelan

Senangnya meringkaskan bicara

Mudahnya menyimpulkan kisah

Melebihkan diri sendiri dalam hidup

Meletakkan perasaan lain jauh beribu batu


Kedegilan

Hati berusaha keras diubati

Cukuplah ia sekadar degil

Kedegilan hati tak perlu diperpanjangkan lagi

Kedegilan fikiran jangan merajai


Menyinari

Andai kehadapan menjerut kata-kata ia

Jangan dipandang lagi masa lalu

Biarkan ia terus menjadi sejarah

Sejarah mengajar ada diri

Pengajaran terhadap hati ini


p/s : Buat sahabat2 yg sentiasa berada disisi dan memberi sokongan menghadapi tempoh kesukaran itu..Syukran jazilan...sapa yg faham, akan faham erti kedegilan itu...Buat adikku nun jauh disana, jadikanlah ianya pengajaran...Sesungguhnya kedegilan itu tidak akan merawat hati yang luka...ianya hanya akan terus menjerat fantasi

Happy birthday buat Azyan Amalina (sweet 21)...ex-roomate di 4th..
You and Arwah Nadia is the best roomate in UM I ever have...
Tq so much

Khamis, Oktober 29, 2009

All the BEST...


Assalammualaikum...terimalaah....
~banyaknya buku nak kena baca kan...fuyooo..betrimbun tu~

Selasa, Oktober 27, 2009

FEMINA, MASISNA dan KELAB SAHABAT KARTIKA

Assalammualaikum...
Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan untuk update blog yang dah lama ditinggalkan ini..
hehhehe.....sibuk dengan projek la katakan..

Mula-mula kita cerita tentang FEMINA dulu ya..
Festival Mahasiswi Universiti Malaya...
Alhamdulillah ALLAH permudahkan kerja sebgai event manager selama tiga hari..cabaran yang amat tinggi pada diri sendiri..menyiapkan aturcara tindakan yang teramat details untuk adik-adik juniors memahaminya....maklum la, tak semua benda mampu diajar secara direct..

FEMINA bukan hanya satu projek tapi satu agenda yang membawa satu matlamat agar penubuhan MASISNA diiktiraf di peringkat kementerian..
tengok la dulu satu dulu gambar...gambar-gambar yang lain nanti-nanti la ya..lepas exam...
~ kredit to maisarah~

Selasa, September 29, 2009

Dia pergi tinggalkan diri ini...

Assalammualaikum....tanggal raya ke-5, seorang yang disayangi telah meninggalkan ana di Malaysia bagi meneruskan hasrat dihatinya untuk sambung belajar di Mesir...

huhuhu.....sedih ooooo....
Bila duduk, berdiri, tidur, makan dan lain-lain lagi aktiviti, rasa macam tak percaya ja dia jauh sangat dari ana....
Jauh 6 jam tu.....Nak bergosip pun susah dah sekarang ni....

eh..yg ni bkn yang nak pi mesir waktu ni...insyaALLAH bakal pie juga nanti

beg laptop orang yang nak pie mesir.....time nie ana dok sibuk tulis nama kat beg dia

suasana di airport di saat semua mahasiswa al azhar mula melangkah kan kaki ke pintu departure....sayu ja semua orang

inilah dia orang yang telah meninggalkan ana struggle sorang diri kat Malaysia ni...
tak kesian betul dia dengan akak dia yang comel ni...

Buat adindaku,
Pasakkan niat kerana ALLAH....
Ingatlah janji-janji kita pada ALLAH...
Andai dirimu lemah, ingatlah kesukaran dan kepayahan lalu mampu menjadi madu pada racun dan kesusahan kini....
Kini, kau jauh dari kami....jagalah diri sepertimana abah dan mama menjaga dirimu sejak dari kecil....
Akhir kalam.....bila kita boleh YM sama-sama nie...Kepingan dah nie nak ber webcam...hehehhe..

Selasa, September 22, 2009

Cinta Sempurna

Assalammualaikum....
So, macam mana dengan Hari Raya??
Banyak rumah terbuka dan kenduri yang dihadiri...
Makan, Makan juga ya, jangan lupakan amalan sunat puasa 6 hari di bulan Syawal...

Sempurnakah cinta kita??Cinta pada siapa??
Pernah dengar tak nasyid....
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan pergi
Cinta ALLAH juga yang hakiki

tapi kat sini ana nak beritahu tentang cinta sempurna pada ALLAH dalam DRAMA CINTA SEMPURNA...

Boleh baca sinopsis cerita kat blog ni
http://oasis-cintasempurna.blogspot.com/2009/06/sinopsis.html

Kalau nak tengok drama ni, boleh search kat youtube, insyaALLAH ada
Mulakan dengan menonton episod 9 part 2...
Permulaan cerita ini agak bosan dan lebih tertumpu pada lifestyle 2 orang anak orang kaya..
Mula episod 9 baru best...
Lagipun cerita ni berkisar mengenai realiti masyarakat sekarang....
Di mana ilmu agama yang dipelajari perlu di kreaifkan dipraktikkan serta disampaikan dakwahnya dengan pendekatan yang bersesuaian dengan madhu' kita iaitu orang yang hendak kita dakwah....

teringat kata-kata Adam dalam cerita Nur Kasih "Kita tak perlu jadi orang lain tapi kita boleh berusaha menjadi lebih baik"
kata-kata Adam pada Katherina dalam teksi semasa nak balik kampung...

sebenarnya banyak cerita-cerita yang menekankan aspek dakwah baik secara tersirat mahupun tersurat...entry akan datang, ana akan cuba mengulas berkaitan filem perempuan berkalung sorban...pada mana-mana bloggers yang masih belum menonton filem tersebut, boleh tonton dan boleh sama-sama ulas berkaitan filem tersebut.