Selasa, September 29, 2009

Dia pergi tinggalkan diri ini...

Assalammualaikum....tanggal raya ke-5, seorang yang disayangi telah meninggalkan ana di Malaysia bagi meneruskan hasrat dihatinya untuk sambung belajar di Mesir...

huhuhu.....sedih ooooo....
Bila duduk, berdiri, tidur, makan dan lain-lain lagi aktiviti, rasa macam tak percaya ja dia jauh sangat dari ana....
Jauh 6 jam tu.....Nak bergosip pun susah dah sekarang ni....

eh..yg ni bkn yang nak pi mesir waktu ni...insyaALLAH bakal pie juga nanti

beg laptop orang yang nak pie mesir.....time nie ana dok sibuk tulis nama kat beg dia

suasana di airport di saat semua mahasiswa al azhar mula melangkah kan kaki ke pintu departure....sayu ja semua orang

inilah dia orang yang telah meninggalkan ana struggle sorang diri kat Malaysia ni...
tak kesian betul dia dengan akak dia yang comel ni...

Buat adindaku,
Pasakkan niat kerana ALLAH....
Ingatlah janji-janji kita pada ALLAH...
Andai dirimu lemah, ingatlah kesukaran dan kepayahan lalu mampu menjadi madu pada racun dan kesusahan kini....
Kini, kau jauh dari kami....jagalah diri sepertimana abah dan mama menjaga dirimu sejak dari kecil....
Akhir kalam.....bila kita boleh YM sama-sama nie...Kepingan dah nie nak ber webcam...hehehhe..

Selasa, September 22, 2009

Cinta Sempurna

Assalammualaikum....
So, macam mana dengan Hari Raya??
Banyak rumah terbuka dan kenduri yang dihadiri...
Makan, Makan juga ya, jangan lupakan amalan sunat puasa 6 hari di bulan Syawal...

Sempurnakah cinta kita??Cinta pada siapa??
Pernah dengar tak nasyid....
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan pergi
Cinta ALLAH juga yang hakiki

tapi kat sini ana nak beritahu tentang cinta sempurna pada ALLAH dalam DRAMA CINTA SEMPURNA...

Boleh baca sinopsis cerita kat blog ni
http://oasis-cintasempurna.blogspot.com/2009/06/sinopsis.html

Kalau nak tengok drama ni, boleh search kat youtube, insyaALLAH ada
Mulakan dengan menonton episod 9 part 2...
Permulaan cerita ini agak bosan dan lebih tertumpu pada lifestyle 2 orang anak orang kaya..
Mula episod 9 baru best...
Lagipun cerita ni berkisar mengenai realiti masyarakat sekarang....
Di mana ilmu agama yang dipelajari perlu di kreaifkan dipraktikkan serta disampaikan dakwahnya dengan pendekatan yang bersesuaian dengan madhu' kita iaitu orang yang hendak kita dakwah....

teringat kata-kata Adam dalam cerita Nur Kasih "Kita tak perlu jadi orang lain tapi kita boleh berusaha menjadi lebih baik"
kata-kata Adam pada Katherina dalam teksi semasa nak balik kampung...

sebenarnya banyak cerita-cerita yang menekankan aspek dakwah baik secara tersirat mahupun tersurat...entry akan datang, ana akan cuba mengulas berkaitan filem perempuan berkalung sorban...pada mana-mana bloggers yang masih belum menonton filem tersebut, boleh tonton dan boleh sama-sama ulas berkaitan filem tersebut.

Sabtu, September 19, 2009

Terimalah......

Assalammualaikum....Disebabkan tahap kerisauan yang amat tinggi kerana takut tak dapat post kan entry kad raya untuk semua bloggers dengan mengambil kira line celcom yang akan busy, ana mengambil keputusan untuk post kan awal walaupun pengumuman hari raya belum lagi dibuat di televisyen....(kiranya anak bulan tak nampak lagi ni semasa mengpostkan entry ini)

Terimalah.........

Jemput-jemput datang ya raya ni....
Pesanan : Buat semua mahasiswa/i. pelajar-pelajar, mahupun graduan dijemput hadir ke Jamuan Hari Raya Menteri Besar Kedah bersama semua anak-anak negeri kedah seperti berikut:
Tarikh : Hari Raya ke-3
Masa : 8.30 pagi hinnga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah
Pakaian : Baju Raya



Susah sangat ka nak rapatkan??

Assalammualaikum...
Dah jual kuihraya...maksudnya raya pun dah dekat...InsyaALLAH raya tahun ni di rumah di Sungai Petani (ala...tiap2 tahun sebelum ni pun raya kat Sg Petani juga....)Ayat jer....

Bila ramadhan, akan solat terawih kat masjid depan rumah...Bila solat kat situ mesti teringat arwah maktok. Arwah selalu ke masjid depan rumah ana walaupun surau kat rumah arwah sebenarnya lagi dekat...Katanya seronok dengar Ustaz Ali jadi imam...

Bila bercakap tentang terawih kat masjid depan rumah, teringat la juga pada awal ramadhan tahun ni, ana terawih kat masjid.....Al-kisahnya adalah berkaitan dengan rapatkan............
HA????rapatkan apa??rapatkan hati ka??
RAPATKAN SAF.....
Pernah juga kena marah semata-mata kerana nak rapatkan. Pelik juga time tu kan...
Meh la, kita kongsi tips-tips tentang rapatkan....

Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.

2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.

3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Nanti bila dah masuk 1 syawal lagi la terutamanya semasa nak mengerjakan solat sunat hari raya.....masa tu, kesian sangat pada jemaah di belakang yang sampai ke jalanraya, sedangkan masih banyak kelompongan dan jarak walaupun setengah depa di saf-saf barisan hadapan....Kasih dan kasihan kanlah saudara seislam kita di saf belakang ya....

Mungkin ada yang tak menganggap pentingnya merapatkan saf. Oleh yang demikian, kita yang sedia maklum harap-harapnya mampu sampaikan pada yang kurang tahu..."Sampaikanlah walaupun satu ayat"

Antara hikmahnya merapatkan saf adalah :


1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong"

Orang yang kurang berkemampuan dan sederhana hidupnya bersolat bersebelahan dan bersentuhan bahu dengan orang yang kaya, berpangkat datuk-datuk mahupun tan sri tan sri. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

Hebatnya ALLAH tidak membezakan hambaNYA dengan pangkat, nama dan harta ketika solat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).


Mungkin boleh juga diberikan tazkirah ringkas berkaitan merapatkan saf pada jemaah sebelum menunaikan solat sunat hari raya seperti setiap tahun dilakukan oleh Ustaz Ali(Imam di kampung ana)

Mungkin ada yang tidak selesa kerana panas tapi ingatlah, panas di akhirat akan lebih dahsyat...peringatan untuk diri sendiri juga....

Post raya nantikan yer....sebab belum betul-betul rasa nak raya lagi...masih mood ramadhan


ini kad raya dari ustaz lutfi, kak najwa n waseem yang comel

Selasa, September 01, 2009

Jualan Kuih Raya kelolaan Persatuan Mahasiswa Negeri Kedah

Assalammualaikum.........Bagaimana rasanya setelah hampir lebih dari seminggu berpuasa....
Masih bersemangat meneruskan hari2 mendatang??
Di harapkan ALLAH memberi kesempatan kepada kita untuk beramal ibadah di bulan puasa ini...

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan takziah pada Saudara Faris, Bendahari PEMADAH 09/10 yang telah terlibat dengan kemalangan....Alhamdulillah....kecedaraan yang dialami telah stabil dan tidak kritikal.....Semoga dugaan ini mematangkan anta...InsyaALLAH...

Walaupun hari Lebaran lambat lagi, di sini, ana sebagai wakil Unit Ekonomi nak promosi kuih raya yang dijual oleh Persatuan Mahasiswa Kedah.....kuih yang dibawa khas dari Kedah sendiri...

Crystall ball
50 biji
RM 22.00


Tart Nenas
60-70 biji
RM 22.00


Koko Oat
60-70 biji
RM 22.00


Mazola
60-70biji
RM 22.00


Samperit
60-70biji
RM 22.00


Choc Almond
50 biji
RM 22.00

Sebarang bentuk tempahan bolehlah dibuat sebelum 10 Sept 2009
Tempahan bolehlah dibuat melalui email :

sya_ais@yahoo.com.my


Sila nyatakan nama penuh, Kolej kediaman/tempat tinggal semasa, nombor telefon dan jumlah tempahan....

Selamat menjamu selera dengan kuih-muih yang enak ini....

Ahad, Ogos 30, 2009

Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak??



Assalammualaikum....Ana sekadar pastekn semula email yang ana dapat dari sahabat di USIM...Syukaran jazilan...Mari kita berkongsi artikel yang menarik ni....


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
”Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!

Al maklum la sekarang ni kan bulan puasa...isu masak memasak ni memang la sedap kan....
Sama-samalah kita muhasabah diri memikirkan di mana letak duduknya diri kita sebenarnya... jangan asyik nak tuding jari dan cari kesalahan orang lain yang tak tahu itu ini saja.... Sebaliknya kita yang tahu ni kena mengajar pada yang tak tahu... Biarlah tahu sama rata, Tak tahu pun sama banyak.....

Jom marathon berbuka di semua masjid sekitar KL

Rabu, Ogos 26, 2009

wanita sebagai alat komersial??

Assalammualaikum.....

Pernah tak kita terfikir kenapa wanita dijadikan model untuk iklan-iklan komersial di televisyen, mahupun di dada akhbar???

Kejadian yang sakitkan mata bahkan sakitkan ati yang ana alami sendiri :
Kejadian berlaku semasa menemani Azyan ke PC Fair yang lalu di KLCC, ramai perempuan lebih dari 6 orang dipakaikan skirt singkat dan baju ketat, diminta untuk memegang satu produk anti virus bersama sekaki payung.....boleh fikirkan tak apa motif wanita nak pegang produk tersebut????....ramai pulak lelaki yang sedang sibuk-sibuk nak melihat bahkan ada pula yang sibuk-sibuk nak snap picture.....
Waktu tu, hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa malunya ana sebagai seorang wanita.....

Kejadian susulan, bila naik ke tingkat atas pula, di bahagian jualan laptop, ada satu produk laptop terkemuka, yang memang ramai student seperti kita memakai produk tersebut menggunakan kaedah promosi yang hampir sama....
Kali ni wanita tersebut tak perlu membawa laptop ke hulu ke hilir, cuma membawa dan mengedar brochure....pakaian yang dipakai memang tak cukup kain...terasa nak pinjamkan kain yang ada kat rumah saja untuk mereka......Apa motif berpakaian seperti itu untuk edar brochure??

Kejadian susulan lagi, di bahagian penjualan software game, bahagian ini lagi dahsyat....pakaian lebih kurang sama ja dengan 2 kejadian sebelum ni.....Nak jual game pun kena berpakaian menjolok mata ka???

Kasihan...Kasihan...kasihnya ana pada saudara sejantina, mengapa di biarkan diri dijadikan bahan komersial dan bahan promosi/publisiti untuk melariskan produk.....Tak boleh ka semua produk tersebut terjual dengan hanya orang yang menjualnya sopan menutup aurat.....Mengapa perlu dibiarkan diri dipakaikan pakaian yang menjolok mata seolah-olah dibiarkan diri seperti barbie doll yang sesuka hati dijadikan alat permainan....

Adakah kerana kaum hawa kini semakin ramai sehingga tak terkawal dan menagawal diri sehingga sanggup dijadikan alat permainan untuk mengaut keuntungan???

Isu : Hukum sebatan ditangguhkan?? Sebagai tanda penghormatan pada bulan Ramadhan...Mengapa sebelum ini tak difikirkan mengenai bulan Ramadhan?? kasihan kepada si penerima hukum telah bersedia mental dan fizikal untuk dihukum pada hari tersebut.....Semoga hukuman ini memberi keinsafan pada umat Islam yang lain....Menurut sejarah, ini adalah pertama kali wanita akan disebat kerana meminum arak di Negara Malaysia...


Sabtu, Ogos 22, 2009

Bersediakah kita sebenarnya????

Assalammualaikum....

Sudah lama tak menjenguk dan update blog.....
Sibuk dengan menguruskan gerai konvo Citarasa Jelapang Padi sempena Festival Konvokesyen Universiti Malaya....

Di kesempatan ini, ana ingin ucapkan jutaan terima kasih pada semua AJK dan senior-senior PEMADAH mahupun exco-exco dan MT PEMADAH yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan gerai citarasa ini.....alhamdulillah.....semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan...

Bila seminggu berlalu, ana merasakan seolah-olah tak percaya yang ana mampu laluinya dengan hanya tidur kurang dari 3 jam sehari untuk terus manjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi menjayakan gerai konvo ini.....ini semua adalah berkat dari kuasa ALLAH itu sendiri....

Berbalik pada topik yang diutarakan....BERSEDIAKAH KITA???

Sebenarnya dah lama ana nak respon isu yang ana rasa tak sedap mata memandang membacanya.....Isu perkahwinan yang tak bertahan lebih dari seminggu gara-gara hanya kerana nasi bungkus.....ALLAHUAKBAR...di mana letaknya logik akal dalam menyelesaikan masalah semudah ini sehingga melarat ke arah penceraian.....mengapa di biarkan diri dikuasai syaitan....Janganlah kita menganggap perkahwinan adalah isu yang mudah....Janganlah berkahwin hanya kerana nafsu ataupun alasan yang mudah digunakan oleh anak muda zaman kini, "Nak kawin sebab nak elak fitnah dan dosa".....mana lagi berdosa, tak menjalankan atau tak memahami tanggungjawab sebagai suami/isteri dengan menjaga hati dari terus terbuai dengan bisikan syaitan......

Sejauh mana sebagai seorang wanita bersedia untuk menjadikan orang asing sebagai teman sehidup sematinya...teman seperjuangan...dan sejauh mana kita mampu berkorban kepada seorang yang asing yang akan bergelar suami kita.......Semalam sempat menonton cerekarama bertajuk Bukan Bidadari.....jalan penceritaan yang agak menarik mengenai kisah sebuah keluarga di mana isterinya berusaha menawan hati suami tetapi akhirnya merajuk dan melarat sehingga berpisah jua akhirnya....itupun dah mempunyai 3 orang anak...

Berbalik kepada persoalan BERSEDIA.....di mana hak seorang wanita dalam memilih pasangan hidupnya....Oleh yang demikian, jangalah mudah membuat keputusan untuk berkahwin...nilai dahulu baik dan buruknya....Bukanlah ana ingin menuntu hak yang sama antara lelaki dan wanita seperti SIS lakukan.....Persoalan yang ana ingin timbulkan disini adalah isteri yang bagaimana seorang wanita itu bersedia ingin jadi kelak apabila berumah tangga....

Adakah menjadi seorang isteri yang setia menunggu suaminya di muka pintu...yang setia di rumah menjaga keperluan anak dan suami??
Adakah menjadi seorang isteri yang turut membantu suami dari perspektif ekonomi...maksudnya turut bekerja bertungkus lumus di luar rumah??
Adakah menjadi seorang isteri yang mampu melakukan tugasan rumah dan tempat kerja sekaligus tanpa menggunakan pembantu rumah???
Adakah menjadi isteri yang turut turun ke lapangan medan perjuangan dakwah bersama suami atau sekadar menjadi pendorong kerja-kerja dakwah suami di rumah sahaja???

“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya…”

"Shaping a meaningful life"

Kitalah yang mencorak kehidupan kita.....Kitalah yang menentukan samada kita telah bersedia atau tidak dalam menghadapi sesuatu situasi...bukan hanya situasi perkahwinan sahaja...

Jom baca buku kat sebelah ni.....Ana masih mencari buku ini untuk dibaca...bila membaca sinopsisnya, sangatlah best dan teruja untuk membaca buku ini.....

Isnin, Julai 13, 2009

Merancang itu menyeronokkan

Assalammualaikum......
Sudah seminggu sesi 2009/2010 bermula...
Seronok..Bahagia...dan menenangkan untuk study

Merancang???
Apa yang dirancang....
Pernah tak kita menjadi pimpinan/pemimpin dan kita perlu merancang aktiviti, program mahupun projek?
Pastinya macam-macam kita akan rangka kan.....

Tapi pernah tak kita fikir dan renung, samada apa yang kita rancang itu mampu respon pada isu semasa, mampu menyahut seruan perpaduan menyatukan semua kaum.....

Itulah yang ana maksudkan merancang itu menyeronokkan tetapi kita kena rancang bersesuaian dengan keadaan semasa dan perpaduan......

Janganlah kita serono merancang hanya sekadar nak memuaskan diri sendiri atau perkataan yang lebih mudah 'syok sendiri'..

Nak kongsi dengan sahabat-sahabat bloggers yang lain mengenai berita ini..

Have you heard of Dr Marwa el-Sherbini?On the 1st of July 2009,ukhti Marwa al-Sherbini - Eqyptian Lady was stabbed to death 18 times by a German guy in a courtroom in front of her 3 years old son.She was 3 months pregnant.Her only crime was wearing hijab!!The fatal attacks lasted for countinuous 8 minutes without any intervention from the security guards of the courts!The killer called her 'terrorist' as she's a muslim wearing Hijab,so i just wonder who's the real terrorist?!!

Rabu, Julai 08, 2009

Perlukan pertolongan

Assalammualaikum....
Sesi baru telah bermula..alhamdulillah setelah 3 hari bermula..semuanya tenang dan membahagiakan....
Tak tahu la apa yang bahagia sangat tapi memang rasa lain dan tenang...
Syukur pada ALLAH..

Memang betul pun nak minta tolong...
Tolong bagi cadangan untuk aktiviti luar yang sesuai pada semua wanita...
Contoh yang telah dimasukkan di dalam kertas kerja adalah

- Pertandingan Memasak

- Pertandingan Gubahan Hataran Perkahwinan

- Pertandingan Rekacipta Bahan Kitar Semula

Tapi...ana dan Cik Pengarah berpendapat macam tak berapa nak sesuai ja...
Mungkin sahabat2 bloggers ada cadangan tersendiri..
Tolong yerk....
terima kasih untuk cadangan

Khamis, Jun 18, 2009

Al Fatihah utk sahabatku...Nadia....

Assalammualaikum...

Jam menunjukkan hampir pukul 3 pg...
Ana mendapat mesej bertalu-talu dari kawan-kawan sekolej...
YA ALLAH...benarkah isi kandungan mesej ini...
Dapat satu lagi mesej kepastian bertanyakan hal yang sama dari Masya..
Ya...mmg benar...
Sahabatku Nadia Salehuddin telah pergi meninggalkan kita semua...
ALLAH lebih syg kan awak....

Baru 2 hari lepas bermimpikan awak....
Kini awak telah pergi...
Kita punya saat manis bersama....

ALLAH lebih sayangkan awak Nadia...
Semoga awak ditempatkan bersama orang2 yang ALLAH kasihi...
AL FATIHAH....

Sabtu, Mei 30, 2009

award & tags

assalammualaikum..pertama kali di beri award n tags...

tengah sibuk dan kering idea nak menulis, tetiba ada pulak hamba ALLAH nak bagi award..
ambik jer la kan..
syukran jazilan...


itulah awardnya..cantik tak???cantik kan..ala-ala purple dan pink cam tu...

sekrang masanya nak kena jawab tag pulak..antara soalan dan jawapannya:
Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.
1.) Dia ni kawan sejak sekolah rendah lagi
2.) Suka sangat gaduh dengan diri ini...tapi kami cepat baik kalau gaduh
3.) Kami belajar di tempat yang sama iaitu UM
4.) Seorang pendengar yang baik dan setia....
5.) Pernah merajuk dengan sangat lama dari dirinya masa dia pindah sekolah masa form 4....saya nangis smpai banjir sekolh(boleh caya ka fakta ni??)

#si syerul ni ckp sy cintakan kolej??ya ka cintakan kolej???

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih
1.) Saya seorang perempuan (hahhaha......kalau dari cerita ada mcm lelaki ka??)
2.) Suka warna biru (walaupun da fakta mengatakan biru adalah warna sedih)
3.) Suka pada kek, aiskrim dan yang pastinga ais kacang letak cendol ja
4.) Berat badan saya cuma 40kg sahaja ( anda percaya??kena percaya sebab saya pun tak percaya berat saya turun mendadak)
5.) Ada seorang abah yang penyayang dan mama yang pengasih (mesti la)
6.) Ada 3 orang adik yang suka mengusik saya...heheheh...tanpa mereka sayang tak mungkin jadi kakak...
7.) Sukakan cabaran dalam hidup...bila tercabar mesti nak menang pastu mesti nak nangis
8.) Suka sangat pada matematik dan matematik tambahan...kiranya sangat suka pada subjek yang melibatkan calculation
9.).........apa lagi nak tulis ni................ha..bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir dari tahun 2001 hingga 2005
10.) bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2006/2007 iaitu Generasi ke-7

cukuplah ya.....
sekarang kena tag tiga orang iaitu ;
1.) My younger sister yang sekarang ni sibuk dengan kehidupannya
2.) Cik Nabila di UKM, my friends since KMP until now
3.) Mr Apple @ Ilyas...ni untuk memperbanyakkan entry adik yerk...
# Cik Anis rahim tak perlu di tag sebab anda telah di tag oleh syerul yerk...

Selasa, Mei 26, 2009

Homemade chocolate

Assalammualaikum...kepada peminat-peminat homemade coklat...

Pembuat coklat dah memulakan perniagaan semula...
kat sini da beberapa picture coklat...


untuk maklumat lanjut tentang harga dan tempahan boleh layari blog ini
http://mars-choc.blogspot.com/

selamat menikmati coklat yang enak ini...nyum..nyum...

#picture di KMP sepanjang MPPB nanti yer....belum kutip gambar..harap bersabar...ceritanya sudah siap tapi picturenya belum ada lagi..

Isnin, Mei 18, 2009

Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMP 2009/2010 bahagian 1

Disinilah segalanya bermula dengan lebih mendalam


Alhamdulillah Minggu Pengurusan Pelajar Baru telah selesai....

sekarang ni pun dah ada kat rumah.....rehat-rehat dulu kat rumah sebelum plan balik UM semula nak selesai kan mana yang belum selesai...

Cerita keseluruhan ttg MPPB 2009/2010 akan menyusul kemudian sebab tak semua picture ada kat dalam laptop ni...

belum ambil lagi gambar dari ketua AJKO...maklum la ketua nya sibuk sekarang.....

rindu semua AJKO 2009/2010...semoga berjumpa lagi selepas ini....ukhwah fillah abadan abada.....

terimalah sedikit gambar yang diambil dari friendster Kak Elly n blog MPPB..(tq Kak Ellly)


Kesian nya buat keja sampai tertido atas jalan dah

Kak elly yang uruskan asrama bersama Ketua AJKO(Pak Ku) yang dok menyibuk kat Pak Guard menyambut family


Dan...inilah kami.......

Riang...ceria....bersama......
Apa yang penting?? Kerjasama....

Khamis, Mei 14, 2009

belum update...sibuk di KMP

Assalammualaikum.......
Nak mohon maaf jika buka blog ini masih belum di update...

Sesudah balik dari UM, terus datang ke KMP...
Ini pun masih di KMP....menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2009/2010 di KMP..
Esok adalah Majlis Ikrar dan Penutupan....masa dirasakan berlalu dengan sekejap sahaja....
Begitu kuat ukhwah antara kami AJKO sehingga tak sanggup untuk berpisah...

Dari hari pertama sehingga hari terakhir akan di update nanti.....
Memegang post sebagai ketua protokol semasa MPPB....halangan dan dugaan banyak di bantu AJKO yang lain....

tak sabar nak bercerita....bertahan jap
maaf tak ada gambar lagi..

Selasa, April 28, 2009

Sila Bertindak dengan segera!!!Penting...


Assalammualaikum....

Saya ingin memaklumkan dan memohon agar warga Kolej Kediaman Keempat menyemak baki akaun yuran di laman web umisisweb

Ia adalah untuk memastikan jumlah caj yuran dan denda yang dikenakan adalah seperti yang telah anda sedia maklum...

Kemungkinan ada kesalahan teknikal di sini......
Diharapkan perkara yang telah berlaku kepada salah seorang warga kolej tidak berulang lagi...InsyaALLAH...
Kita kan manusia biasa, pasti ada lakukan kesilapan tapi insyaALLAH dengan ungkapan 'maaf' dapat menyejukkan hati yang amarah dan sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul
Saya memohon maaf...

Ahad, April 26, 2009

Berterus teranglah

Assalammualaikum.....

mungkin entry ini lewat berbanding perkembangan makanan setiap hari yang telah berlaku di 4th

Untuk makluman warga Kolej Kediaman Bestari, bertepatan dengan bayaran sebanyak RM3.50 sehari untuk mendapat makanan sebanyak tiga kali iaitu sarapan, lunch dan dinner, beberapa pengubahan menu telah berlaku bermula minggu ini dan insyaALLAH akan diaplikasikan di dalam semester hadapan.

RM3.50 sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung kos makanan sebanyak tiga kali ini.....
Oleh yang demikian, menu yang sebelum ini telah menyebabkan kolej berlaku defisit...
Defisit ini masih tetap akan berlaku tetapi dengan mengambil beberapa langkah, kolej akan mampu mengurangkan kadar defisit. RM3.50 ini hanyalah meliputi harga kos bahan mentah utama masakan seperti ayam, ikan, daging, telur, sayur dan lain-lain. RM3.50 ini tak termasuk membayar gaji pekerja dan bahan-bahan sampingan seperti minyak, gas, kicap, garam, gula, ajinomoto dan beberapa bahan lain.

Mungkin masih ada yang kabur-kabur tentang defisit. Defisit adalah apabila kita berbelanja melebihi pendapatan yang kita ada. Dalam keadaan kolej, defisit ini akan dibayar oleh pihak universiti mewakili kolej tetapi kolej perlu membayar semula pada masa hadapan jika mempunyai lebihan pendapatan(kiranya kolej berhutang dengan universiti)....Jika setiap tahun kita defisit, bila masa kita nak bayar balik...
Nanti kesian adik-adik masa hadapan terpaksa menanggung derita kerana perlu membantu kolej membayar hutang pada universiti...

Menurut jangkaan, pada tahun ini,jumlah defisit akan meningkat kepada RM500,000...
Beberapa langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan jumlah defisit ini adalah:
1.) Berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik. Biasakan diri menutup suis lampu dan kipas apabila tidak digunakan.
2.) Berkerjasama dengan pihak kolej agar tidak membawa barang-barang elektrik yang berkapasiti elektrik yang tinggi. Ia bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan elektirk malah mampu untuk meyebabkan masalah di sistem utama elektirk setiap aras(maklumlah, kolej kita kan dah lama). Jika berlaku kerosakan dan masalah pada sistem utama kos penyelenggaraan akan meningkat.
3.) Gunalah barang-barang dan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Contohnya tandas. Berhemah dan cermat semasa penggunaan tandas.
4.) Jimatkan penggunaan air.
5.) Membekalkan makanan dengan kadar RM3.50 yang telah ditetapkan.

Saya tahu kita telah membayar untuk menginap di kolej ini, tetapi bukankah kebanyakkan langkah yang saya nyatakan di atas kita sentiasa amalkan di rumah? Kita mampu lakukan sesuatu walupun ianya sekecil-kecil tindakan

Ini hanyalah makluman pada warga kolej, jika ada yang ingin menjadikan amalan, silakan (taffadol)...kalau ada yang nak membantah pun tak mengapa...itukan hak masing-masing...

.............................................................

Sebenarnya tajuk di atas tu bukan da kaitan pun dengan kes makanan tu....

Saya pohon pada seseorang itu yang mempunyai jawatan penting dalam organisasi pelajar untuk berjumpa bersemuka dengan saya dalam menghadapi krisis dan masalah yang berlaku antara kita...
Saya pohon pada individu tersebut untuk tidak terus menabur tuduhan dan mencanang pada adik-adik junior sesuatu yang tidak pasti...
Saya punya tahap kesabaran, jangan sampai individu tersebut malu suatu hari ini...
Apa salah saya sehingga tidak berani bersemuka, adakah anda takut pada kebenaran yang akan keluar dari mulut saya....
Ataupun setelah 3 tahun belajar tentang kepimpinan, anda masih tidak boleh terima kritikan orang lain...
Saya mendiamkan diri demi menjaga maruah anda sebagai pemimpin saya, tapi jangan diuji ataupun dicabar lagi manusia ini kerana saya juga ada hati dan perasaan....
Mengapa sukar untuk anda akui kesalahan sendiri tetapi sering meletakkan kesalahan pada orang lain....
Kalau anda melebihi limit, saya akan berjumpa untuk menghitung segalanya dan menuntut pembelaan tapi jika sabar ini tetap berada dalam diri dan masih menghormati anda sebagai manusia dan hambaNYA, saya menuntut perhitungan dan pembelaan di Hari Pembalasan....
Berhenti bersikap "play safe"....dunia luar yang bakal anda hadapi lebih mencabar.....Anda akan dikritik dan disakiti nanti...
lebih baik dikritik sahabat dan kawan-kawan dari dikritik oleh musuh....

Sekian sahaja coretan dari saya.....Kalau ada yang terasa tentang coretan ini, silakan........tiada halangan....



~buat sahabat-sahabat yang dikasihi~
~terima kasih, hanya ALLAH mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian~

Selasa, April 21, 2009

berilah hambaMU ini petunjuk...

Assalammualaikum........
Alhamdulillah semester dua sesi 2008/2009 akan berakhir dalam tempoh tak sampai sebulan lagi
Tapi masih banyak lagi kerja sebagai Setiausaha JTK yang masih belum selesai....
Mintak break dulu boleh kan???hehehhe....lepas habis exam sambung balik...

Sesi 2008/2009...biarlah ianya terukir kemas di dalam diari ana sahaja...

Pernah dengar tentang istidraj???
bagi ana, biarlah ALLAH uji ana dengan ujian sehingga menitis airmata ini daripada ALLAH memberikan ana istidraj...
TAPI apa kuasa kita untuk menentukan kuasa ALLAH....

Istidraj tu maksudnya walaupun berbuat maksiat, masih merasa Allah menyayanginya. Memandang hina kepada orang yang beramal.Contohnya "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Contoh yang paling jelas lagi adalah Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Kalau gambar ais kacang ni pun sedap jer kan....Harap2 bukan istidraj dari ALLAH untuk lalaikan ana dan tidak bersyukur...InsyaALLAH...

Berbalik tentang istidraj tadi....Pernah dengar tak walaupun tak study sungguh-sungguh tapi masih dapat result yang gempak....bagaimana ya agaknya ini terjadi??Bukankah orang yang menuai akan mendapat hasilnya??

Alhamdulillah syukur jika kejayaan itu kita panjatkan syukur pada ALLAh kerana mungkin kejayaan yang kita dapat walaupun tak study teruk-teruk adalah berkat doa ibubapa, guru-guru, pensyarah, sahabat-sahabat dan umat Islam di dunia ini...

Tapi kat dunia ni, ada juga manusia yang mendapat kerjayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh kemudian riak dengan menganggap ia adalah penah lelah dirinya.......Inilah yang cuba untuk kita sama-sama elakkan....

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]

Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.

Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]


Marilah kita sama berdoa pada ALLAH agar segala nikmat yang diberikan olehNYA bukanlah istidraj...sama-samalah kita memohon petunjuk dari ALLAH....insyaALLAH

Cantikkan mereka di atas ni...gambar ni nak tujukan utk my beloved younger sister....hehhehe...Gambar tak ada kaitan pun dengan ana ataupun adik ana sebenarnya



Khamis, April 16, 2009

ALLAH telah mengira titis airmata



Assalammualaikum....imtihan makin hampir....

kalau 1st year memang akan mula menjawab exam esok paper english...berdebar tak??

kalau dah 2nd year ni exam bermula lambat dan habis pun lambat...

24hb April Exam Malaysian Taxation System pukul 3ptg
29hb April Exam Accounting Information System pukul 3ptg
2hb Mei Exam Business Statistic pukul 11.30pg
5hb Mei Exam Financial Accounting & Reporting III pukul 3ptg

Sikit jer kan exam kali ni....memang tengok sikit jer tapi ALLAH ja tahu macam mana nak hadapi..
Semalam macam nak pecah dada..macam ja kan..tapi ALLAH tak akan memberi ujian pada hambaNYA tanpa melihat kemampuan hambaNYA hadapi ujian itu.....
Tak mampu nak diceritakan.....
OK...lepas ni kita sambung sesi tazkirah lepas exam boleh...
nanti dah kat rumah free la sikit....

Selasa, April 07, 2009

Aku cinta ALLAH.....


Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang KAU sayang
Yang KAU rindukan
Yang KAU cintai
Aku lemah
Tanpa MU aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku....
Tolongku....
YA ALLAH.....
Setiap airmata ku mengalir
ALLAH aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
ALLAH jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang ALLAH.....
Aku rindu ALLAH......
Aku cinta ALLAH......