Selasa, Mei 01, 2012

1 tahun 4 bulan

Assalammualaikum.....genaplah 1 tahun 4 bulan blog ini tidak dikeluarkan apa-apa post. Saya akui jarang mengunjungi blog lagi setelah melangkah pengajian ke tahun 4. Tidak perlulah diberi alasan apa-apa berkaitan hal tersebut. InsyaALLAH akan berusaha untuk update  blog ini selepas ini. 1 tahun 4 bulan satu tempoh yang panjang dan banyak yang telah berlaku. Dari bergelar seorang mahasiswa sehinggalah menjadi pekerja di sebuah firma audit.

Saya juga ingin memohon maaf bagi yang hadir ke blog ini dan tiada sebarang perubahan berlaku. Terima kasih kepada hamba-hamba ALLAH yang membaca blog ini dan sudi menghantar message di facebook menghulurkan salam perkenalan dan memberikan komen berkaitan blog ini. 

Sabtu, Januari 01, 2011

Cemerlangkan kita???

Assalammualaikum...
Maaf pada pengunjung blog inbisat yang menjenguk tapi melihat blog ini tak update pulak...pasti tiada kegirangan sudah pada diri pengunjung kan...

Sebenarnya ada buat entry masa awal muharam yang lalu tapi tak dapat nak post tak tahu la apa masalah blog ni pulak..mungkin merajuk agaknya..

Entry ni secara umumnya saya nak tujukan pada semua yang terlibat dan ada kena-mengena tapi secara khususnya pada seorang sahabat ini yang dikenali pada tahun 2009...walaupun macam baru saja kenal tapi rasa macam dah kenal lama dan kami mudah serasi bersama mungkin sebab sama-sama anak Kedah agaknya...
~ Jangan bermuram ya ~

Dalam kehidupan kita, adakah semua benda yang kita rancang kita kan perolehi?
Pernah tak rasa dari kecil semuanya indah bagi diri kita tapi bak kata pepatah, panas tidak sehingga ke petang, ada hujan di tengahari........
TAPI apabila hujan semakin reda, muncullah pelangi yang indah...


Begitulah kehidupan kita di dunia ini...Kegagalan mengajar segala erti kematangan dan lebih menghargai dalam hidup...Kegagalan adalah satu tarbiyyah pada diri kita supaya keperitan dan kesedihan yang dihadapi akan kita lebih menghargai kecemerlangan yang akan datang...

Mungkin kita seorang yang cemerlang di tadika.....
Mungkin kita seorang yang cemerlang di sekolah rendah....
Mungkin kita seorang yang cemerlang di sekolah menengah...
Mungkin kita seorang yang cemerlang di matrikulasi...
Mungkin kita seorang yang cemerlang di universiti...
Mungkinkah kita cemerlang dalam kehidupan masa depan???

Ayam juga tidak tahu apa akan terjadi pada telurnya, adakah ia akan menetas atau digoreng di atas kuali..Begitu jua pada manusia, tiada yang tahu masa depannya...
~merenung masa depa jap ~

Iya, kita cemerlang dari dulu hingga kini tapi bolehkah kita pastikan kita cemerlang kita berterusan dan diwarisi pada zuriat kita....

Erm...cemerlang tu subjektif kan sebenarnya....
Ada yang kata cemerlang tu kena dapat gred yang baik..kena dapat 4.00...4 flat, kena dapat 10A
Ada pulak kata cemerlang tu dengan dapat imbang akademik dan kokurikulum...
Setiap orang ada tafsiran cemerlang untuk diri sendiri...
Ada yang sentiasa berusaha untuk cemerlang tapi keputusan tidak berpihak padanya. Ingatlah, pasti ALLAH sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya....kecemerlangan itu mungkin bukan ALLAH tentukan pada kita tapi insyaALLAH pada zuriat kita....

Nikmatilah hidup yang ada, belajarlah semua benda untuk lebih dapat banyak ilmu.....Belajar bukan semata-mata untuk gred sahaja tanpa boleh dimanfaatkan....

Pesanan untuk sahabat-sahabat dan diri sendiri : Jangan kita sesali jalan ynag kita pilih ini dan teruskan lah sesi pembelajaran kita dengan redha ALLAH....

Senyumlah......

Last word...2012..here we come...(saya bukan salah taip, I really mean it 2012)

Jumaat, Oktober 08, 2010

Kenapa memilih menerima jawatan sebagai setiausaha???


Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini, Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-


Alhamdulillah kini telah masuk tahun ke-4 berada di bumi UM….Setiausaha sangat sinonim dengan diri ini….Inilah takdir dari ALLAH dan sebagai hambaNYA belajar redha menerima taklifan yang diberi. Sejak tahun pertama memegang jawatan Setiausaha Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan yang banyak mengajar penyedian surat dan skills berhubung dengan pihak tajaan dan menghadapi kerenah birokrasi kerajaan. Projek yang memakan gerak kerja 2 semester dan pelaksanaan hampir satu semester memang memenatkan tetapi berbaloi kerana pengalaman belajar ilmu-ilmu yang banyak tentang bidang kesetiausahan. Terima kasih tak terhingga pada penyelia Tuan Syed Abdul Razak yang banyak membantu dalam penyedian dan mahir menyediakan surat. Alhamdulillah….Pengalaman manis bekerja dengan kawan-kawan dalam PROSPEK..Pengarah yang baik hati…Kawan-kawan yang memahami…

~ di rumah Encik Syed ~


Naik tahun 2, diberi taklifan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Keempat (JTK KK4)…Semasa ini, banyak belajar bab-bab pengurusan organisasi. Bagaimana dapat mengawal setiausaha-setiausaha yang lebih dari 20 orang samada dari projek ataupun dari jawatankuasa kerja perkembangan di bawah struktur organisasi JTK…Belajar Planning, Organize, Leading dan Control (POLC)…itulah pengurusan sebenarnya….

~ Kursus Kepimpinan Bestari (KK4) tema : bekerja dalam tekanan ~

~ Menjadi speaker dalam slot : Pinjaman & Biasiswa PROSPEK ~

Naik tahun 3, diberi taklifan sebagai setiausaha Festival Mahasiswi Universiti Malaya(FEMINA)…Masa ini, diri ini belajar aplikasi kesemua yang telah dipelajari sepanjang 2 tahun sebelumnya. Semasa ini, merasakan diri memberi komitmen dan performance yang 100%. Kenangan indah dalam mengaplikasi apa yang telah dibelajar.

~ Setiausaha FEMINA ~


Naik tahun 4, terlibat sebagai Setiausaha Kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Kini, performance perlu ditambah 200%....Fokus kerja kena lebih mantap….


Setiausaha bukan hanya bermain dalam ruang lingkup tugasan membuat surat dan minit mesyuarat. Tugas setiausaha lebih besar dari itu. Bagi saya, tak mengapa jika setiausaha tak pandai membuat surat tetapi mempunyai kesungguhan membetulkan kesalahan dan belajar. Menjadi setiausaha kena bersedia untuk ditegur dan perlu bersifat perfectionist dan professional. Diri ini sentiasa mengajar agar setiap kerja dan tugasan yang dilakukan hendaklah mencapai tahap profesional.


Mungkin diri saya bertuah kerana subjek-subjek di dalam jurusan perakaunan yang di ambil kini banyak hubung kaitnya dengan PENGURUSAN seterusnya membantu dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai Setiausaha.


Tugasan sebagai Setiausaha adalah menjadi pengerusi mesyuarat, menjadi link antara semua pimpinan, sentiasa follow-up gerak kerja unit-unit dan memastikan unit melaksanakan apa yang dirancang. Kini ramai yang hebat dalam perancangan dan bercakap-cakap tentang apa yang ingin dilaksanakan tetapi sejauh mana ianya dilaksankan dan ianya DIKAWAL dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Tips terakhir sebagai Setiausaha yang baik adalah sentiasa TEPATI MASA bermesyuarat.

Seronok menjadi setiausaha dan zamannya juga akan berkahir satu hari nanti


p/s : kerinduan untuk menjadi Event Manager lagi. Ada sesiapa yang ingin tawarkan jadi event manager tak??

Isnin, September 06, 2010

TV3 buat hal lagi

Assalammualaikum..sudah lama tidak update blog nie..diharapkan yang sudi membaca tidak marah ya...Masih ingat pada kes Juara Lagu di TV3 yang menimbulkan pelbagai kontroversi sehingga dikaitkan dengan agenda zionis....erm...kini buat kali keduanya melibatkan iklan raya dari TV3..pertama kali melihat iklan tersebut disangkakan iklan untuk hari krismas tapi pada penghujungnya diletakkan salam lebaran pulak...pelik sungguh...memilih teratai sebagai bunga yang diletakkan pelita sedangkan sesiapa yang peminat cerita-cerita Cina terutamanya drama popular zaman sekolah dahulu kala iaitu Journey to The West...yang jelas memaparkan bunga teratai dikaitkan dengan agama Buddha...

bacalah yang saya petik dari blog YDP PMIUM yang juga dipetik dari
sumber: http://kraiutara.blogspot.com/2010/09/oh-setan-isu-iklan.html

Kefanatikan terhadap 1Malaysia sudah mencapai kepada tahap ekstrimnya. Sehinggakan soal aqidah pun boleh dipermainkan sebegitu rupa. Berhubung isu iklan raya yang ditayangkan TV3 telah mendapat reaksi dan komen yang cukup negatif kepada syarikat berkenaan sehingga TV3 terpaksa menarik balik iklan tersebut dan memohon maaf kepada sema.lihat iklannya disini
Apa yang menjadi isunya, lihat dibawah :
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
  1. Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
  2. Buku – Bible
  3. Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
  4. Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
  5. Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis.
  6. Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
  7. Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
  1. Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
  2. Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
  3. Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
  4. Pokok Krismas – Simbol Paganism
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
  1. Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
  3. Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
  1. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
  1. Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  3. Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
  1. Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
  1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam.
Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran:
Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

Isnin, Mei 31, 2010

Ucapkanlah "semoga kita bertemu lagi"

Assalammualaikum...telah 3 tahun berada di bumi UM..pelbagai rintangan, dugaan yang pahit dan manis diharungi bersama. Pasti sepanjang 3 tahun ini bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan dan kakak-kakak yang banyak menyuntik semangat tarbiyyah dan dakwah dalam diri ini.

Kali pertama menjejakkan kaki di UM...berhadapan dengan Minggu Haluansiswa yang mencabar...Alhamdulillah berjaya bertahan...
Selepas MHS, senior mula kembali ke U...Mula mengenali senior satu aras iaitu Kak Bahiyah, Kak Jannah dan Kak Aniza. Hampir setiap hari pasti bilik B004 itu ana kunjungi, saling bertukar cerita, bermanja dengan akak-akak. Kemudia mengenali lebih ramai senior seperti Kak Hidayah, Kak Ayuni, Kak Sarah, Kak Peace, Kak Dayang, Kak Mashitah dan ramai lagi akak-akak...
Disebabkan ana merupakan anak sulung, jadi peluang bersama akak-akak digunakan sebaik mungkin tetapi jujurnya dari sini ana mula belajar apa itu erti hidup survivor dan hidup dalam perjuangan....Bila hujung sesi tahun pertama, tiada lagi untuk bermanja, kami di didik agar lebih dewasa dan bersedia menerima adik-adik lain.

Itu cerita tentang senior-senior...bagaimana pula dengan satu batch ya??
Menyertai Balai Islam, mendekatkan ana dengan beberapa sahabat-sahabat seperti Maryam, Kak Iffah, Sakinah, Hanis, Shakila Ramli (semua ni geng-geng bahasa Arab), Saiedah, Raslah, Suhaiza, Kak Ama, Kak Ain, Mira dan beberapa orang lagi di dalam Balai Islam....
Bukannya nak dikatakan ana terlalu assabiyah sehingga berkawan dikalangan Balai Islam sahaja...itu semestinya tidak sama sekali...Ada juga kawan-kawan rapat yang ana kenal di dalam Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK), roomate ana sendiri, Azyan, Sue, Hafiza dan Arwah Nadia.
~ sambut hari lahir sama-sama ~

Apa ya kami sering lakukan bersama? Menyertai projek-projek dan aktiviti-aktiviti kolej adalah sesuatu yang pasti akan dilakukan. Menjadi Pembantu Mahasiswa bersama-sama. Disamping itu pastilah kami ada pengisian bersama, jogging ke tasik, rehlah, qiyam, usrah bersama, berbuka puasa bersama dan lain-lain.
~ ini bos ana ketika FEMINA'09 ~

Apa yang menyebabkan ana terdetik untuk menulis post ini adalah kerana, tahun ini ana bakal kehilangan sahabat-sahabat seperjuangan di medan kampus seperti Maryam, Kak Iffah, Sakinah, Shakila,Azyan dan senior-senior kesayangan yang banyak memberi suntikan semangat pada diri ini iaitu Kak Ayuni, Kak Aniza, Kak Hidayah, Kak Bahiyah dan Kak Jannah..
~ ketika berjumpa dan berbincang bersama Kak Kartika ~

Anda semua merupakan orang-orang yang ana sayangi dan semestinya sesi akan datang tidaklah seperti sebelum-sebelum ini lagi....Pastinya tempat menumpahkan airmata dan senyum gembira akan berubah...Pastinya pelukan kesedihan dan keriangan akan berubah....Telah banyak rintangan, dugaan, keperitan, kegembiraan dan kejayaan yang kita harungi bersama dan sudah pasti ianya tidak akan dapat diputar kembali......
Kita dipertemukan kerana ALLAH dan kita berpisah sementara juga kerana ALLAH....

Doakanlah agar ana terus tabah meneruskan perjuagan dan kelangsungan di kampus.....
~ rehlah bersama ~

InsyaALLAH di akhir kalam..ucapkanlah SEMOGA KITA BERTEMU LAGI..JIKA BUKAN DI BUMI ALLAH PASTI DI AKHIRAT KELAK

p/s Jika ingin diceritakan saru persatu pengalaman kami bersama, pasti panjang berjela posting ini..cukuplah sekadar dikongsikan secebis sahaja..yang lain tu ana nak simpan sendiri

Selasa, Mei 18, 2010

Kisah Kita Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2010/2011

~ special kad from AJKO 10/11 ~

~ kisah kami bermula di sini ~


7 Mei 2010 menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Perlis memulakan tugasan sebagai Ahli Jawatankuasa Orientasi (AJKO) untuk generasi ke-11. Walaupun diri ini Generasi ke-7, agak jauh bezanya tapi ingatan menghadapi hari pendaftaran di KMP masih segar. Dihantar awal oleh mama dan abah ke KMP dan tidur satu malam dengan akak-akak AJKO. Sejak hari bertemu akak-akak dan abang-abang AJKO yang baik, dalam diri memang dah tanam niat untuk jadi AJKO juga. Alhamdulillah tercapai juga. Hari-hari sebelum pendaftaran berjalan seperti biasa.

9 Mei 2010 menguruskan penginapan waris. Dari raut wajah ibubapa yang hadir, masing-masing keletihan membawa kereta berjam-jam demi menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran nun jauh di utara. Majoriti waris yang menginap di KMP resort (statement) adalah dari pantai timur. Dari pagi hingga malam setia di pondok pak guard menguruskan nombor bilik untuk waris. Kasih antara kami AJKO mula mekar pada 9 Mei 2010. Tolong-menolong tanpa mengira letih dan kepenatan diri sendiri. Tiada erti kata mementingkan diri sendiri dan berehat seketika bersama Kit Kat oleh setiap AJKO. Jutaan kasih untuk AJKO-AJKO untuk terima dari kami unit penginapan kerana banyak membantu kami menguruskan penginapan waris.

10 Mei 2010 Jika dikira-kira, Unit Trafik bangun paling awal bertugas seawal 6.30pagi di tempat masing-masing. Adik-adik trafik bersemangat untuk melaksanakan tugas menyambut seramai 1625 buah keluarga yang pelbagai ragam. Peluh dan airmata bercampur dikesat dengan penuh sabar. Fahamilah kerenah keluarga yang pelbagai ragam. Hari pendaftaran, word of the day adalah MESRA PELANGGAN. Pelanggan selalu betul, jadi telan sajalah maki hamun dan tidak puas hati. Diri ini juga terkena tempias berkhidmat di Kaunter Asrama. Terpaksa naik ke blok tingkat 4 untuk menukar kunci dan adik yang tersalah bilik. Tak mengapa, bukan salah mereka tapi salah kami, TAPI tak perlu sampai dikatakan buat salah kerana tidak pergi ke sekolah. Pengajaran untuk diri ini : DALAM KEADAAN TERDESAK, MANUSIA BOLEH TERLEPAS CAKAP DAN MAMPU MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN. Kita yang sudah setiap tahun jadi AJKO ni, terima sajalah kerana sudah biasa.

Malam hari berbincang dengan Puan Juraini berkaitan pendekatan disiplin yang ingin digunakan untuk MPPB kali ini. Pesanan yang diterima "DISIPLIN TEGAS TAHAP GABAN". Kata Ketua AJKO, kita kena panggil Gaban la datang disiplin kan. Mengapa ya perlu sangat bertegas dengan adik-adik Generasi 11? Hari pertama, common sense yang paling basic, TIDAK TUTUP PINTU BILIK. Ingatkan satu kes saja di blok bawah pantauan saya tetapi blok lain juga alami kes yang sama.
Puan Azilah ada nyatakan yang Generasi kini tidaklah seperti zaman kami dimana bersosial secara bersemuka sehingga ada rasa common sense tetapi genarasi kini bersosial melalui FACEBOOK, BLOG, FRIENDSTER, MYSPACE dan lain-lain. Perasaan mendalami kehidupan sosial secara realiti tidak dapat diterjemahkan.
21 peraturan telah dirangka dan diminta agar adik-adik Generasi 11 patuh padanya. Kalau nak kata peraturan pun bukan la sangat tetapi lebih kepada benda-benda basic dalam kehidupan seperti WAJIB MAKAN, TUTUP SUIS LAMPU DAN KIPAS BILA TIDAK GUNA, SUSUN KASUT dan beberapa lagi peraturan kehidupan dalam hidup jauh dari keluarga dan berdikari. Ada adik-adik yang mengeluarkan statement, hari pertama dah kena marah dengan disiplin. Bukan niat nak marah tetapi penegasan agar tiada masalah akan datang kerana tenaga kerja AJKO dan pentadbiran tidaklah sekuat yang disangka.
Post-mortem : peringatan diberikan pada setiap AJKO agar dapat lebih tegas dengan adik-adik kerana buat pertama kali, satu blok perempuan didiami lebih dari 250 orang iaitu 6 orang sebilik.

11 Mei 2010 Adik-adik masih belum dapat sesuaikan diri dengan environment matrikulasi. Tidak mengapa, nama pun Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Datin Azuyah, Pengarah KMP tidak dapat berucap kerana kehilangan suara. Perit jika orang penting kehilangan suara. Waktu riadah diisi dengan senamrobik dan pembentukan huruf KMP diwakili setiap kluster masing-masing. Dapat dilihat kluster C yang didiami oleh lelaki dapat membentuk huruf P dengan sangat cepat dan mudah. TAHNIAH. Kluster A dan B juga berjaya membentuk huruf K dan M dengan cantik. Disini adik-adik diuji kerana AJKO tidak membantu, hanya menggunakan daya kepimpinan adik-adik masing-masing. Biar lambat tapi harapnya adik-adik belajar yang kerjasama tak akan dapat dipupuk dengan mudah dan sekelip mata sahaja.
Malamnya, satu perjumpaan dengan Kluster A diadakan sehingga pukul 1 pagi. Bukan niat saya sebagai disiplin untuk menahan tetapi sekadar ingin menyentuh hati adik-adik agar bangun dari mimpi indah dan dunia fantasi. Kehidupan di matrikulasi menuntut banyak pengorbanan berbanding kehidupan zaman cuti dan sekolah. Ada yang menyatakan tidak suka pada AJKO, tidak mengapa, bukan itu yang AJKO tuntut, cukuplah sekadar kami laksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

12 dan 13 Mei 2010 Jadual dipenuhi dengan aktiviti bersama mentor dan taklimat-taklimat yang penting. Ada dikalangan adik-adik Gen-11 yang mula alami gastrik kerana kurang makan dan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti makan maggi, minum kopi secara berlebihan dan hanya memakan biskut sahaja. Airmata ini menitis kerana membayangkan kehidupan hari-hari akan datang adik-adik selepas ini. MPPB adalah medan menguji pengurusan masa dan diri adik-adik. Jika gagal mengawal dan mengurus diri, bagaimana kehidupan setahun di matrikulasi. Dipertemukan dengan seorang adik dari Terengganu yang background hampir sama iaitu tidak pernah duduk asrama dan anak sulung. Adik ni homesick sebenarnya. yang mampu dipesan adalah kuatkan diri kerana kita di KMP untuk keluarga, Jangan putus asa. Perpindahan pelajar perempuan dari Blok B3 ke Blok C1. Kini, Kluster C bukan lagi hak mutlak pelajar lelaki. Latihan kebakaran tiada yang rentung teruk. Semuanya masih selamat.

14 Mei 2010 hari terakhir MPPB. Majlis ikrar diadakan beserta gimik sambutan Hari Guru. Airmata mengalir disaat gimik memotong kek dan nyanyian buat kali terakhir untuk tahun ini menyanyikan lagu KMP di dalam DSK. Setiap bait dihayati. Benarlah KMP adalah Keimanan Menjana Perubahan.

~ Kisah ringkas sepanjang MPPB 10/11(tak boleh nak nukilkan semua disini, terlalu banyak manisnya untuk dicoret, biarlah disimpan dalam hati)....sajak di bawah khas untuk AJKO 10/11~

KISAH KITA

Disini lahirnya sebuah cinta
Antara kita tidak baru bersua
Huluran senyuman pengenalan
Huluran tangan bergerak kerja
Huluran kasih sayang pengubat keletihan

Semalam kita berkenalan
Hari ini jalankan tugas demi KMP
Esok perpisahan sejenak dalam kehidupan

Maaf jika diri ini tak sempurna
Maaf kerna tutur, perbuatan yang menyakitkan
Maaf mengundurkan diri untuk kali ini

Rindu yang terbit itu lumrah
Pertemukan kami kerna rindu ini
Rindu yang menjengah kerna kami generasi KMP

~ salam rindu MISTERI MIMPI SYAKILA ~






Isnin, April 26, 2010

Telah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

. Semoga kita beroleh keinsafan dari kisah ini.

p/s : sekadar pengisian semasa musim peperiksaan