Ahad, Ogos 30, 2009

Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak??



Assalammualaikum....Ana sekadar pastekn semula email yang ana dapat dari sahabat di USIM...Syukaran jazilan...Mari kita berkongsi artikel yang menarik ni....


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
”Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??!

Al maklum la sekarang ni kan bulan puasa...isu masak memasak ni memang la sedap kan....
Sama-samalah kita muhasabah diri memikirkan di mana letak duduknya diri kita sebenarnya... jangan asyik nak tuding jari dan cari kesalahan orang lain yang tak tahu itu ini saja.... Sebaliknya kita yang tahu ni kena mengajar pada yang tak tahu... Biarlah tahu sama rata, Tak tahu pun sama banyak.....

Jom marathon berbuka di semua masjid sekitar KL

Rabu, Ogos 26, 2009

wanita sebagai alat komersial??

Assalammualaikum.....

Pernah tak kita terfikir kenapa wanita dijadikan model untuk iklan-iklan komersial di televisyen, mahupun di dada akhbar???

Kejadian yang sakitkan mata bahkan sakitkan ati yang ana alami sendiri :
Kejadian berlaku semasa menemani Azyan ke PC Fair yang lalu di KLCC, ramai perempuan lebih dari 6 orang dipakaikan skirt singkat dan baju ketat, diminta untuk memegang satu produk anti virus bersama sekaki payung.....boleh fikirkan tak apa motif wanita nak pegang produk tersebut????....ramai pulak lelaki yang sedang sibuk-sibuk nak melihat bahkan ada pula yang sibuk-sibuk nak snap picture.....
Waktu tu, hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa malunya ana sebagai seorang wanita.....

Kejadian susulan, bila naik ke tingkat atas pula, di bahagian jualan laptop, ada satu produk laptop terkemuka, yang memang ramai student seperti kita memakai produk tersebut menggunakan kaedah promosi yang hampir sama....
Kali ni wanita tersebut tak perlu membawa laptop ke hulu ke hilir, cuma membawa dan mengedar brochure....pakaian yang dipakai memang tak cukup kain...terasa nak pinjamkan kain yang ada kat rumah saja untuk mereka......Apa motif berpakaian seperti itu untuk edar brochure??

Kejadian susulan lagi, di bahagian penjualan software game, bahagian ini lagi dahsyat....pakaian lebih kurang sama ja dengan 2 kejadian sebelum ni.....Nak jual game pun kena berpakaian menjolok mata ka???

Kasihan...Kasihan...kasihnya ana pada saudara sejantina, mengapa di biarkan diri dijadikan bahan komersial dan bahan promosi/publisiti untuk melariskan produk.....Tak boleh ka semua produk tersebut terjual dengan hanya orang yang menjualnya sopan menutup aurat.....Mengapa perlu dibiarkan diri dipakaikan pakaian yang menjolok mata seolah-olah dibiarkan diri seperti barbie doll yang sesuka hati dijadikan alat permainan....

Adakah kerana kaum hawa kini semakin ramai sehingga tak terkawal dan menagawal diri sehingga sanggup dijadikan alat permainan untuk mengaut keuntungan???

Isu : Hukum sebatan ditangguhkan?? Sebagai tanda penghormatan pada bulan Ramadhan...Mengapa sebelum ini tak difikirkan mengenai bulan Ramadhan?? kasihan kepada si penerima hukum telah bersedia mental dan fizikal untuk dihukum pada hari tersebut.....Semoga hukuman ini memberi keinsafan pada umat Islam yang lain....Menurut sejarah, ini adalah pertama kali wanita akan disebat kerana meminum arak di Negara Malaysia...


Sabtu, Ogos 22, 2009

Bersediakah kita sebenarnya????

Assalammualaikum....

Sudah lama tak menjenguk dan update blog.....
Sibuk dengan menguruskan gerai konvo Citarasa Jelapang Padi sempena Festival Konvokesyen Universiti Malaya....

Di kesempatan ini, ana ingin ucapkan jutaan terima kasih pada semua AJK dan senior-senior PEMADAH mahupun exco-exco dan MT PEMADAH yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan gerai citarasa ini.....alhamdulillah.....semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan...

Bila seminggu berlalu, ana merasakan seolah-olah tak percaya yang ana mampu laluinya dengan hanya tidur kurang dari 3 jam sehari untuk terus manjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi menjayakan gerai konvo ini.....ini semua adalah berkat dari kuasa ALLAH itu sendiri....

Berbalik pada topik yang diutarakan....BERSEDIAKAH KITA???

Sebenarnya dah lama ana nak respon isu yang ana rasa tak sedap mata memandang membacanya.....Isu perkahwinan yang tak bertahan lebih dari seminggu gara-gara hanya kerana nasi bungkus.....ALLAHUAKBAR...di mana letaknya logik akal dalam menyelesaikan masalah semudah ini sehingga melarat ke arah penceraian.....mengapa di biarkan diri dikuasai syaitan....Janganlah kita menganggap perkahwinan adalah isu yang mudah....Janganlah berkahwin hanya kerana nafsu ataupun alasan yang mudah digunakan oleh anak muda zaman kini, "Nak kawin sebab nak elak fitnah dan dosa".....mana lagi berdosa, tak menjalankan atau tak memahami tanggungjawab sebagai suami/isteri dengan menjaga hati dari terus terbuai dengan bisikan syaitan......

Sejauh mana sebagai seorang wanita bersedia untuk menjadikan orang asing sebagai teman sehidup sematinya...teman seperjuangan...dan sejauh mana kita mampu berkorban kepada seorang yang asing yang akan bergelar suami kita.......Semalam sempat menonton cerekarama bertajuk Bukan Bidadari.....jalan penceritaan yang agak menarik mengenai kisah sebuah keluarga di mana isterinya berusaha menawan hati suami tetapi akhirnya merajuk dan melarat sehingga berpisah jua akhirnya....itupun dah mempunyai 3 orang anak...

Berbalik kepada persoalan BERSEDIA.....di mana hak seorang wanita dalam memilih pasangan hidupnya....Oleh yang demikian, jangalah mudah membuat keputusan untuk berkahwin...nilai dahulu baik dan buruknya....Bukanlah ana ingin menuntu hak yang sama antara lelaki dan wanita seperti SIS lakukan.....Persoalan yang ana ingin timbulkan disini adalah isteri yang bagaimana seorang wanita itu bersedia ingin jadi kelak apabila berumah tangga....

Adakah menjadi seorang isteri yang setia menunggu suaminya di muka pintu...yang setia di rumah menjaga keperluan anak dan suami??
Adakah menjadi seorang isteri yang turut membantu suami dari perspektif ekonomi...maksudnya turut bekerja bertungkus lumus di luar rumah??
Adakah menjadi seorang isteri yang mampu melakukan tugasan rumah dan tempat kerja sekaligus tanpa menggunakan pembantu rumah???
Adakah menjadi isteri yang turut turun ke lapangan medan perjuangan dakwah bersama suami atau sekadar menjadi pendorong kerja-kerja dakwah suami di rumah sahaja???

“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya…”

"Shaping a meaningful life"

Kitalah yang mencorak kehidupan kita.....Kitalah yang menentukan samada kita telah bersedia atau tidak dalam menghadapi sesuatu situasi...bukan hanya situasi perkahwinan sahaja...

Jom baca buku kat sebelah ni.....Ana masih mencari buku ini untuk dibaca...bila membaca sinopsisnya, sangatlah best dan teruja untuk membaca buku ini.....